Filem The Experts (2024)

SHARE:

Satu Keluarga, Satu Peluang, Satu Rompakan Terakhir. Filem ‘The Experts’ menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk...


Satu Keluarga, Satu Peluang, Satu Rompakan Terakhir. Filem ‘The Experts’ menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini bakal ditayangkan di 172 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 23 Mei ini.

Naratif dan skrip The Experts adalah hasil idea oleh pencipta francais box office Polis Evo iaitu Joel Soh. Manakala ia diarahkan oleh pengarah Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah pengarah filem J2: J Retribusi.

‘The Experts’ mengandingkan pertama kali Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak dan Ray Dapdap beraksi sebagai lima adik-beradik yang mempunyai kemahiran tertentu dalam misi mereka.

Watak Aaron Aziz (Farid) bertindak sebagai ketua ataupun maestro, Syafiq Kyle (Keyrol) sebagai pakar risikan, Mimi Lana (Emma) selaku pakar manipulasi, Remy Ishak (Amer) sebagai pakai penyamaran, dan Ray Dapdap yang memainkan watak Lan sebagai pakar godam.

The Experts
Genre: Aksi “Heist”
Tarikh Tayangan: 23 Mei 2024
Terbitan: Astro Shaw
Dengan Kerjasama: Zak Capital, TGV Pictures
Syarikat Produksi: BlackFlag Sdn Bhd
Pengarah: Andre Chiew & Nazim Shah
Penolong Pengarah: Loy Yok Phin (Bunbun)
Skrip: Joel Soh
Lakon Layar: Joel Soh, Andre Chiew, Abilash Chandra, Mamu Vies, Kyle Goonting

Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad
Penerbit Eksekutif Bersama: Nazir Razak, Shaharul Rezza Hassan
Penerbit: Joel Soh
Penerbit Penyelaras: Nana Azmi
Pengarah Fotografi: Tan Teck Zee
Penyunting: Lee Pai Siang
Pengarah Seni: Nazrul Asraff Mahzan
Kesan Visual: Viper Studios
Muzik Skor: Ricky Leonardi
Penata Bunyi: Hiro Ishizaka
Pereka Busana: Jessie Yeow
Penata Tatarias: Sue Lim

Barisan Pelakon
Aaron Aziz sebagai Farid
Syafiq Kyle sebagai Keyrol
Mimi Lana sebagai Emma
Remy Ishak sebagai Amer
Ray Dap Dap sebagai Lan
Hasnul Rahmat sebagai Johar
Wan Hanafi Su sebagai Jaafar
Tony Yusof sebagai Bashir
Maya Karin sebagai Miranda
Douglas Lim sebagai Ah Teck
Jay Iswazir sebagai Glasses
Michael Ang sebagai Chef Juan

Lagu Tema Utama (OST)
Lagu: Cinta Indah Buat Kanda
Artis: Yuka Kharisma
Durasi: Muzza
Komposer: Muzza

Sinopsis The Experts
Mengisahkan sekumpulan adik - beradik yang mempunyai kepakaran masing - masing dalam kegiatan merompak. Selepas menggemparkan negara dengan rompakan jongkong emas di lapangan terbang, abang mereka memaksa adik-adiknya untuk memulakan hidup baru. Namun, salah seorang adik mereka merancang untuk mencuri cincin berharga jutaan ringgit, lantas terperangkap dengan ugutan besar. Ini memaksa Syarif, Khairul, Emma, Amiruddin, Rozland kembali ke dunia yang telah lama ditinggalkan dan merancang rompakan paling terbesar.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content