Drama Polis Peronda (TV3)

SHARE:

Siri aksi Polis Peronda diterbitkan oleh Skop Productions Sdn. Bhd dan diarahkan oleh penerbit dan pengarah terkemuka tanahair iaitu Datuk Y...

Siri aksi Polis Peronda diterbitkan oleh Skop Productions Sdn. Bhd dan diarahkan oleh penerbit dan pengarah terkemuka tanahair iaitu Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof dan C. Kumaresan, serta dibarisi pelakon terkenal seperti Shah Iskandar, Puteri Sarah, Ali Reza, Ramona Zamzam, Raja Afiq, Soffwany Yusoff, Kodi Rasheed dan ramai lagi.

Polis Peronda menceritakan tentang pengalaman dan tema yang berkait rapat dengan Unit Kereta Peronda (Unit MPV) PDRM dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang berdepan dengan pelbagai senario mencabar dalam tugasan harian.

Ia juga berkisar tentang kehidupan harian sekumpulan unit peronda polis yang berusaha menjaga keamanan dan ketenteraman ibu kota.

Siri ini tidak hanya menumpukan kepada aksi penyiasatan jenayah, tetapi juga memberi tumpuan kepada cabaran peribadi yang dihadapi oleh setiap anggota polis, termasuk hubungan keluarga, konflik dalaman, dan moraliti.

Nantikan siri Polis Peronda ini bermula 28 Jun ini, setiap Jumaat, jam 10.00 malam hanya di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton. Layari www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Polis Peronda
Episod: 33
Tarikh Tayangan: 28 Jun 2024
Waktu Siaran: Jumaat, 10 Malam
Rangkaian: TV3 / Tonton
Pengarah: Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof, C. Kumaresan
Produksi: Skop Productions Sdn Bhd

Watak Pelakon
Shah Iskandar sebagai Koperal Bani
Puteri Sarah sebagai Inspektor Sarah
Ali Reza sebagai Asp Danial
Ramona Zamzam sebagai Inspektor Elly
Raja Afiq sebagai Lans Koperal Amar
Soffwany Yusoff sebagai Koperal Delisha
Arnie Shasha sebagai Lans Koperal Shasha
Kodi Rasheed sebagai Lans Koperal Husin
Arwan Umar sebagai Lans Koperal Ali
Wan Safaie sebagai Inspektor Safaie
Shyrim Husni sebagai Sarjan Osman
Shekeen Waida sebagai Malisa
Hilmi Zeaain sebagai Fariz
Putri Damia Tasai sebagai Shiba

Lagu Tema (OST)
Lagu: Wira Peronda
Penyanyi: Afif Tirmizie
Lirik: Afif Tirmizie
Ciptaan: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh

Sinopsis Polis Peronda
Koperal Bani (Shah Iskandar), seorang ahli pegawai Unit MPV komited dengan tugasnya walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan. Ketekunan dan sikap disiplin Koperal Bani dalam menjalankan tegasnya juga disenangi anggota dan pegawai polis yang lain.

Dalam sebuah operasi, Koperal Bani dan Lans Koperal Amar (Raja Afiq) dari unit MPV memburu sebuah kereta yang dipandu laju dalam keadaan mencurigakan. Setelah menahan kereta tersebut, rupanya pemandu adalah seorang lelaki remaja, Aiman yang berusia 16 tahun. Ibu Aiman dipanggil ke balai untuk memberi keterangan.

Dalam pada itu juga Lans Koperal Ali (Arwan Umar) dan Husin (Kodi Rasheed) dari unit rondaan bermotosikal (URB) berhadapan dengan kes-kes ragut. Dalam masa yang sama, Inspektor Sarah (Puteri Sarah) pula sering ditegur oleh ASP Danial (Ali Reza) supaya mengawasi tugasan anggota bawahannya.


COMMENTS

BLOGGER: 1
  1. Hi Admin. Maaf saya ada sedikit pembetulan bahawa nama saya salah ejaan. Ejaan sepatutnya Hilmi Zerain dan bukannya Hilmi Zeaain. Terima kasih

    BalasPadam

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content