Drama Uncle Bos Mama

SHARE:

Nantikan drama adaptasi novel 'Uncle Bos Mama' karya Nurul Syahida akan datang di slot MegaDrama Astro Ria. Drama terbitan iFame dia...

Nantikan drama adaptasi novel 'Uncle Bos Mama' karya Nurul Syahida akan datang di slot MegaDrama Astro Ria. Drama terbitan iFame diarahkan oleh Hadith Omar. Menampilkan gandingan Meerqeen dan Ezzanie Jasny selaku teraju utama. Bersiaran bermula 9 September 2024, setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam di Astro Ria atau strim Astro Go dan Sooka.

Uncle Bos Mama
Episod: 24
Tarikh Tayangan: 9 September 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro Go, Sooka
Penulis Novel: Nurul Syahida
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: iFabulous Art Media & Event

Watak Pelakon
Meerqeen sebagai Josh (Joshua)
Ezzanie Jasny sebagai Fish (Farafisha)
Yusuf Bahrin sebagai Haidir
Jannah Izwandy sebagai Nana (Shaina)
Duerra Mitilda sebagai Lala (Shaila)
Syed Irfan sebagai Aril (Shairil)
Qaiszerr Eshan sebagai Faiq
Riz Amin sebagai Shariman
Elvina Chua

Sinopsis Uncle Bos Mama
Lelaki yang sudah berteman wanita itu bernama Joshua. Dia punya perniagaan yang dibanggakan dan kehidupan sosial yang boleh tahan. Tapi dia sukakan ketenangan dan disebabkan sejarah masa lalunya, dia tak fikir dia mampu jadi seorang suami dan memiliki keluarga sendiri. Dia sudah menerima hakikat bahawa dia seorang loner yang akan bersendiri seumur hidupnya, tanpa sebarang ikatan.

Wanita bujang itu bernama Fish. Hidupnya kacau-bilau. Dia punya anak tanggungan yang ramai, lelaki yang disukainya dalam diam sepertinya tidak akan membalas cintanya, dia tidak pasti dia mampu membayar bil bulan ini, dan dia bekerja dengan majikan yang datang dari neraka.

Adik-beradik itu ada tiga orang. Shaina yang perasan dirinya lawa suka bermain cinta dan bergaduh dengan adik perempuannya. Shairil yang berkerusi roda suka memerhati macam perisik misteri. Shaina si kecil yang lasak seolah-olah kelahiran semula seorang ninja. Ditambah pula dengan adik angkat mereka si Faiq yang kuat cembeng tapi cukup menarik hati, mereka mewarnai hidup Fish dari sehari ke sehari.

Apa yang berlaku apabila ada pertembungan di antara dua dunia ini? Apabila seorang lelaki jatuh cinta pada bukan hanya seorang wanita, tapi seluruh keluarganya?

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content