Drama Salju Rindu Di Bumi Auckland
Homedramaaplikasi

Drama Salju Rindu Di Bumi Auckland

SHARE:

Tonton Original Series membawakan sebuah drama bersiri berjudul 'Salju Rindu di Bumi Auckland' adaptasi dari novel 'Salju Rindu ...

Drama Baby Papa (Tonton)
Drama Anggun Mikayla
Demi Hati Arjuna (TV9)

Tonton Original Series membawakan sebuah drama bersiri berjudul 'Salju Rindu di Bumi Auckland' adaptasi dari novel 'Salju Rindu Di Kota Edinburgh' karya Haitun Kamarazaman. Drama ini merupakan hasil terbitan Global Station yang diarahkan oleh Riza Baharudin dan menampilkan gandingan pelakon Riena Diana dan Keith Foo. Saksikan Salju Rindu di Bumi Auckland secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton setiap Isnin hingga Khamis, mulai 16 September 2024 hingga 31 Oktober 2024.

Salju Rindu Di Bumi Auckland
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 16 September 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis
Platform Digital: Tonton
Penulis Skrip: Fara Alya Ashaari
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Riena Diana sebagai Juraini (muda) / Samantha
Keith Foo sebagai Nathan
Emelda Rosemila sebagai Juraini / Joanna
Nabil Aqil sebagai Imaan
Husna Mustaffa sebagai Suri
Kodi Rasheed sebagai Aziz
Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Talib
Rosnah Johari sebagai Mak Yam
Mas Anizan sebagai Mak Su
Louisa Chong sebagai Anne
Azhar Amir sebagai Azman
Zera Hariz sebagai Zainun
Azwan Kombos sebagai Hidayat
Ku Frisha sebagai Maya
RJ Helmi sebagai Dr Johan
Alif Hadi sebagai Fikhri

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Terlerai
Penyanyi: Suki Low
Komposer: Mas Dewangga, Jova Devito

Sinopsis Salju Rindu di Bumi Auckland
Mengisahkan tentang Juraini (Riena Diana), seorang gadis yang terjerat dalam kehidupan penuh rintangan akibat ketamakan bapanya kepada duit sehingga mengabaikan keluarga mendorongnya untuk melarikan diri dari kampung demi mengejar kebahagiaan dan pencarian jati diri seorang wanita.

Juraini membesar di bawah pengawasan bapanya, Pak Talib yang menggunakan agama untuk memuaskan ketamakannya yang memaksa Juraini untuk berkali-kali mengorbankan dirinya kerana terpaksa menanggung kebajikan keluarganya yang diabaikan Pak Talib.

Dalam dia menghadapi rintangan itu, Juraini telah berkenalan dengan Nathan (Keith Foo). Nathan merupakan seorang lelaki bukan Islam yang berhati mulia dan baik yang berasal dari Auckland. Ketika berputiknya cinta mereka, Juraini berdepan dengan dugaan dan pengkhianatan dari Azman, pengurus tempat kerja Juraini, yang melakukan tindakan mengaibkan terhadap Juraini yang menyebabkan hidupnya kacau-bilau. Dalam keadaan huru-hara, Juraini nekad membuat keputusan untuk memulakan hidup baru bersama Nathan di Auckland.

Walaupun Juraini telah menetap di kota yang jauh beribu batu dari kampung halaman, peristiwa hitam dan kesedihan yang dilalui masih menghantui dirinya sehingga akhirnya memaksa beliau untuk membuat keputusan mengubah cara hidup.

Juraini menukar identiti baharu sebagai Joanna, membina kehidupan baru bersama Nathan dan anak mereka, Samantha. Namun, disebalik kebahagiaan yang dicari dan dikecapi, masih terselit rasa tidak sempurna tanpa kehadiran keluarga tercinta yang jauh di kampung.

Selepas sekian lama meninggalkan tanah air, keluarga Joanna menghantar anak buahnya, Iman (Nabil Aqil) ke Auckland untuk memulakan misi penuh harapan untuk membawa Joanna pulang ke pangkuan keluarga. Mampukah Iman menyatukan Joanna dengan keluarganya yang telah lama terpisah?

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content