Drama Ternyata Sebuah Bahagia

SHARE:

Drama terbaharu di slot Tiara, 'Ternyata Sebuah Bahagia' bakal bersiaran bermula 23 September ini, setiap Isnin hingga Jumaat di Ast...

Drama terbaharu di slot Tiara, 'Ternyata Sebuah Bahagia' bakal bersiaran bermula 23 September ini, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Ria atau strim di Astro Go dan Sooka. Drama terbitan Suhan Movies diarahkan oleh Nur Ain Sharif dan Ejump Mohd. Dibintangi oleh Sarimah Ibrahim, Zamarul Hisham, Elvina Mohamad, Lorenzo Irmann, Lorenzo Irmann dan ramai lagi.

Ternyata Sebuah Bahagia
Episod: 40
Tarikh Tayangan: 23 September 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 6 petang
Rangkaian: Slot Tiara Astro Ria / Astro Go / sooka
Penulis Skrip: Nieza Nahar & Adza Emie
Pengarah: Nur Ain Sharif & Ejump Mohd
Produksi: Suhan Movies Sdn Bhd

Watak Pelakon
Sarimah Ibrahim sebagai Jeanice
Zamarul Hisham sebagai Zamani
Elvina Mohamad sebagai Rhea
Lorenzo Irmann sebagai Rayyan
Myra Afrina sebagai Khadeeja
Dina Allysha sebagai Sabreena
Syahir Shafein sebagai Zahirulhaq
Shania Hendrik sebagai Zora
Hanna Faresha sebagai Insyirah
Kenji Sawahii sebagai Randy

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Perisai Cinta
Penyanyi: Liza Hanim
Komposer: Shazriq Azeman, Omar K
Penulis Lirik: Shazriq Azeman, Omar K

Sinopsis Ternyata Sebuah Bahagia
Mengisahkan tentang konflik kehidupan Datin Janice, seorang wanita yang selama ini seluruh hidupnya berpaut pada cinta dan sokongan suaminya, Dato’ Azman. Namun, kebahagiaan yang disangka kekal abadi akhirnya goyah apabila suatu hari kebenaran yang menyakitkan mula terbongkar.

Datin Janice, yang begitu setia, dicurangi apabila dia mendapati bahawa suaminya, Dato’ Zamani, terjerat dalam hubungan bersama wanita lain — Rhea. Kehadiran Rhea menjadi titik mula runtuhnya kepercayaan yang sekian lama dipertahankan oleh Datin Janice, sekaligus menggoncang seluruh dunianya.

Kini, Datin Janice terperangkap dalam kemelut emosi dan trauma yang menghantui setiap langkah kehidupannya. Lebih menyakitkan, penyondol yang meruntuhkan rumah tangganya bukanlah orang asing, tetapi seorang sahabat yang selama ini dipercayai. Di sebalik senyuman dan wajah yang mesra, tersembunyi sifat hipokrit dan talam dua muka.

Namun, segalanya mengambil arah yang tak terduga apabila Dato' Zamani tiba-tiba diserang strok, membuatkan dia tersedar dari keangkuhannya. Hati kecilnya mula tergerak untuk kembali ke pangkal jalan.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content