Ketahui Tanda Sakit Jantung Sebelum Terlambat

SHARE:

Masalah sakit jantung adalah antara masalah kesihatan yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Disebabkan itu, penting untuk anda ketahui t...


Masalah sakit jantung adalah antara masalah kesihatan yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Disebabkan itu, penting untuk anda ketahui tanda sakit jantung termasuklah tanda sakit jantung tersumbat, tanda sakit jantung peringkat awal, tanda serangan sakit jantung ringan, tanda sakit jantung perempuan, tanda jantung sihat dan sebagainya bagi mengelakkan komplikasi dan kegagalan fungsi jantung.

Tanda Sakit Jantung
Apakah tanda sakit jantung? Berikut adalah jawapannya:

Sakit dada
Pesakit kerap mengalami sakit dada secara tiba-tiba dan kebanyakan daripada mereka mengalami ketegangan dada atau sensasi dada dihempap sesuatu yang amat berat.

Peluh berlebihan
Pesakit akan mengalami peluh berlebihan dan sejuk secara tiba-tiba. Jika pesakit menghidap kencing manis, berpeluh tanpa sakit dada boleh berlaku.

Sakit pada bahu kiri dan rahang bawah kiri
Pesakit kadangkala mengalami simtom sakit pada bahagian bahu kiri atau rahang bawah kiri sebelum sakit dada atau sakit dada yang merebak kebahagian tersebut.

Mual/loya
Pesakit berasa loya atau mual sehingga menyebabkan muntah-muntah

Sesak nafas secara tiba-tiba
Pesakit boleh mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba walaupun keadaan asal pesakit adalah normal

Palpitasi
Pesakit boleh mengalami jantung berdegup kencang atau perlahan berdasarkan lokasi dinding jantung yang terjejas akibat saluran darah tersumbat

Sakit epigastrik
Pesakit juga boleh mengalami sakit perut lebih-lebih lagi pada bahagian atas perut dan di bawah dada.

Tanda Penyakit Jantung
Selain serangan sakit jantung, penyakit jantung atau kegagalan fungsi jantung juga perlu diberi keutamaan bagi mengelakkan fungsi jantung yang semakin merudum. Simtom- simtom tersebut adalah:
  • Badan mengalami keletihan yang melampau serta mempunyai tenaga yang rendah
  • Kesukaran bernafas pada waktu malam ataupun sewaktu tidur ketika baring
  • Jantung berdebar kencang atau perlahan
  • Kaki bengkak air
  • Sakit dada apabila melakukan aktiviti berat
Cara Rawat Sakit Jantung
Untuk memiliki jantung sihat, langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan. Antaranya:
  • Berhenti merokok
  • Kurangkan minuman beralkohol
  • Mengambil makanan yang sihat
  • Bersenam atau mengamalkan gaya hidup yang aktif
  • Melakukan aktiviti yang mengurangkan tekanan emosi
  • Mengambil ubat mengikut yang ditetapkan bagi mengawal penyakit kronik seperti kencing manis
Cara merawat sakit jantung termasuklah mengamalkan langkah-langkah bagi mengatasi kondisi ini dan rawatan perubatan. Rawatan perubatan yang bersesuaian adalah berdasarkan jenis penyakit jantung yang dihadapi oleh pesakit.

Sebagai contoh, ubat pencair darah seperti aspirin atau rawatan intervensi bagi jantung tersumbat (Percutaneous Coronary Intervention). Bagi masalah kegagalan fungsi jantung, ubat seperti diuretik, penghalang beta dan penghalang enzim ACE.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content