Muzikal Lawak Superstar 4

SHARE:

Musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ (MLS4) akan mula bersiaran secara langsung pada 22 September 2024, setiap hari Ahad jam 9 malam ...

Musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ (MLS4) akan mula bersiaran secara langsung pada 22 September 2024, setiap hari Ahad jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107).

Edisi kali ini membawa tema “Magika”, di mana setiap kumpulan peserta akan membawakan kisah hikayat atau cerita dongeng dengan sentuhan komedi. Dalam setiap persembahan, peserta bukan sahaja perlu berlakon tetapi juga menyampaikan lawak menggunakan genre muzik berbeza yang ditetapkan setiap minggu. Cabaran lokasi tetap diteruskan, di mana setiap kumpulan diberikan kebebasan untuk mengekspresikan kreativiti mereka dengan latar belakang lokasi tertentu.

MLS4 menampilkan 10 kumpulan yang bakal bersaing bagi merebut gelaran juara. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga peserta yang merupakan gabungan pelawak, pelakon, dan pempengaruh.

Peserta ‘Muzikal Lawak Superstar 4’:
Deroyan
: Has Arteh, Dewa Arteh, Eric Fuzi
Padie: Namie, Fad Bocey, Aretoy
Putehh: Ali Puteh, Man Raja Lawak, Aya Amiruddin
Zuara: Nizam Jentik-Jentik, Chiwan, Zulin Aziz
Gebu: Mamak Puteh, Ilham Abata, Puteri Sarah Liyana
Kilo: Tapai, Harris Annuar, Tajuddin Bakar
Soda: Sofwan Soda, Danny Soda, Yah Kucai
Sarkas: Danial Zaini, Shashic, Acap S
Gahai: Fuad Gahai, Usop Gahai, Isyariana
Bravo: Ammar, Azhar Jalil, Nasz Sally

Buat pertama kalinya, Saiful Apek dan Harith Iskander, dua legenda dalam dunia komedi Malaysia, akan bersama di kerusi juri. Mereka akan ditemani oleh pelakon wanita terkenal, Anna Jobling, yang akan memberikan perspektif segar kepada penilaian persembahan peserta. Dato’ AC Mizal pula kembali sebagai pengacara utama acara ini.

Format pertandingan musim ini masih mengekalkan 70% pemarkahan daripada juri, manakala 30% lagi ditentukan oleh undian penonton menerusi laman web Astro Gempak. Setiap minggu, para penonton boleh mengundi persembahan kegemaran mereka, dan kumpulan yang menerima undian tertinggi akan memenangi Anugerah Astro Gempak yang diumumkan pada segmen akhir setiap minggu.

Juara MLS4 bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 beserta trofi. Tempat kedua, ketiga, dan keempat masing-masing akan menerima hadiah RM75,000, RM50,000, dan RM25,000.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras dan boleh juga distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content