Luruhnya Bunga Cinta 2

SHARE:

Setelah kejayaan luar biasa musim pertama, drama yang terinspirasi dari drama popular Korea “Autumn In My Heart”, Luruhnya Bunga Cinta kemba...


Setelah kejayaan luar biasa musim pertama, drama yang terinspirasi dari drama popular Korea “Autumn In My Heart”, Luruhnya Bunga Cinta kembali dengan musim terbaharu menghiasi slot Akasia TV3 mulai 25 Oktober 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3, dan strim episod baharu 24 jam lebih awal di aplikasi Tonton atau melalui www.tonton.com.my.

Luruhnya Bunga Cinta 2
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Hafiz Halim, Intan Zarina Mohd Yasin, Fara Bani
Pengarah: Muhamad Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Redza Rosli sebagai Nuh
Tracie Sinidol sebagai Nuha
Aniq Durar sebagai Awal
Bella Luna sebagai Aleen
Nabila Razali sebagai Sara
Auni Yusri sebagai Aara
Hafiz Halim sebagai Anwar
Laila Nasir sebagai Noriah
Eizlan Yusof sebagai Jamaludin
Zila Bakarin sebagai Adita
Shah Rezza sebagai Tan Sri Izzam
Watie Sadali sebagai Datin Maziah
Raja Azmi sebagai Puan Seri Zaleha
Iman Suhana sebagai Kalsom
Mamu Kokoot sebagai Mamu
Zana sebagai Puan Zainab
Zulkifli Sudin sebagai Encik Rizal
Ali Reza sebagai Izzat Emir
Nabil Aqil sebagai Halim

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Belakang Tabir
Penyanyi: Syamel
Komposer: Syamel & Jiwa
Lirik: Syamel

Sinopsis Luruhnya Bunga Cinta Season 2
Sambungan perjalanan cinta yang penuh liku antara Nuh (Redza Rosli) dan Nuha (Tracie Sinidol) yang terus dihimpit cabaran, yang nekad melarikan diri demi cinta mereka. Namun, hasrat mereka tergugat oleh kemunculan Awal (Aniq Durar) yang muncul secara tiba-tiba dan menghalang langkah mereka. Dalam masa yang sama, Aleen (Bella Luna) bergelut untuk menerima kenyataan pahit bahawa cinta Nuh terhadapnya telah pudar, yang menyebabkan dia terjerumus dalam tekanan emosi dan kehilangan arah.

Sementara itu, kehidupan Nuha berubah secara drastik apabila dia didiagnos menghidap kanser berdarah tahap ketiga. Dalam usaha untuk menyembunyikan penderitaannya daripada Nuh, Nuha mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dan menyatakan bahawa perasaannya terhadap Nuh telah hilang. Nuha memilih untuk memutuskan hubungan cinta mereka, mengorbankan kebahagiaan demi memastikan Nuh tidak dihantui kesedihan. Walaupun begitu, Awal yang menyaksikan penderitaan Nuha berusaha untuk membawanya mendapatkan rawatan, meskipun dia menyedari bahawa harapannya untuk memiliki cinta Nuha adalah sia-sia.


Saat berita mengenai penyakit Nuha mula tersebar, hati semua yang mengenalinya luluh. Namun, Nuh tidak menyerah. Meski peluang untuk sembuh semakin menipis, Nuh nekad untuk melamar Nuha dan mengharungi dugaan bersama sehingga ke akhirnya. Dalam kegetiran Nuh tetap nekad untuk mempertahankan cinta mereka dengan mengahwini Nuha, meskipun peluang untuk sembuh semakin tipis.


Bagaimana kesudahan cinta Nuh dan Nuha? Berjayakah Nuh mengahwini Nuha dan mengecapi kebahagiaan, atau mungkinkah ajal Nuha tiba terlebih dahulu sebelum impian membina mahligai perkahwinan mereka tercapai?

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content