Drama Ofis Politik

SHARE:

Nantikan drama bergenre komedi romantik 'Ofis Politik' sebuah karya terbitan KL Motion Pictures Sdn Bhd arahan pengarah Wan Alauddin...

Nantikan drama bergenre komedi romantik 'Ofis Politik' sebuah karya terbitan KL Motion Pictures Sdn Bhd arahan pengarah Wan Alauddin Wan Zainuddin. Drama 16 episod ini dibintangi oleh Erysha Emyra dan Syafi Tee sebagai tunjang utama. ‘Ofis Politik’ disiarkan bermula 4 Disember 2024, bersiaran setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam di slot Dramavaganza Astro Ria atau strim di Astro GO dan sooka.

Ofis Politik
Episod: 16
Tarikh Tayangan: 4 Disember 2024
Waktu Siaran: Rabu & Khamis, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro GO, sooka
Pengarah: Wan Alauddin Wan Zainuddin
Produksi: Kl Motion Picture Sdn Bhd

Watak Pelakon

Rashidi Ishak sebagai Abdullah
Syafi Tee sebagai Zain Azman
Erysha Emyra sebagai Kursyiah
Hafiz Halim sebagai Ehsan
Shania Hendrik sebagai Nessi
Zack Aiman sebagai Zohri
Satthiya Kandi sebagai Rosemarry
Lizart Rashid sebagai Kapten
Emma Sofea sebagai Suzanna

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Pening
Penyanyi: Idris Brown
Komposer & Lirik: Tam Cobain & Glowrush

Sinopsis Ofis Politik
Mengisahkan tentang sekumpulan penjawat awam dengan prestasi kerja yang kurang memberangsangkan diletakkan di dalam Jabatan Perantaraan, sebuah jabatan palsu yang asalnya diwujudkan untuk tujuan menyeleweng dana oleh Datuk Harun, namun selepas kematiannya, struktur organisasi itu perlu berubah untuk kekal relevan.

Encik Abdullah Abdullah (Rashidi Ishak), dilantik sebagai ketua jabatan. Beliau perlu menguruskan pekerja-pekerja pelik termasuk Kursyiah yang putus asa (Erysha Emyra), Nessi si ketagih media sosial (Shania Hendrik), dan Ehsan yang beristeri dua (Hafiz Halim).

Zain seorang penolong pengarah baru di jabatan tersebut, bersama dengan Kursyiah seorang pekerja yang mempunyai isu emosi, perlu bekerjasama melakukan sesuatu bagi membuktikan bahawa jabatan yang diwujudkan mempunyai fungsi untuk terus kekal beroperasi.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content