Filem Sahak Gangster (2025)

SHARE:

Nantikan filem bergenre aksi komedi ‘Sahak Gangster’ arahan Ahmad Idham yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 9 Januari 2025. Sah...


Nantikan filem bergenre aksi komedi ‘Sahak Gangster’ arahan Ahmad Idham yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 9 Januari 2025.

Sahak Gangster
Genre: Aksi / Komedi
Tarikh Tayangan: 9 Januari 2025
Penulis Skrip: Aloy Paradoks & Dr. Ahmad Idham
Pengarah: Dr. Ahmad Idham
Produksi: Millenium Megamas Sdn Bhd

Watak Pelakon

Hariz Hamdan sebagai Sahak
Nelissa Nizam sebagai Suriani
Usop Wilcha sebagai Pak Andak
Yana Samsudin
Mamak Puteh
Razak Ahmad
Chiwan Raja Lawak
Achong Sweetchild
Dato Ahmad Tamimi Siregar

Sinopsis Sahak Gangster
Mengisahkan seorang lelaki iaitu Sahak (Hariz Hamdan) yang terpaksa melarikan diri daripada buruan ahli kumpulan dan polis setelah dituduh membunuh ketuanya sendiri.

Kemudian, dia terpaksa bersembunyi dalam kereta seorang gadis, Suriani (Nelissa Nizam) sehingga menyebabkan gadis berkenaan turut terjebak dalam permasalahan yang dihadapi Sahak.

Sahak dibesarkan Pak Andak, seorang gangster kawasan yang amat digeruni. Sahak merupakan harapan utama Pak Andak untuk menerajui Geng Bunga Merah satu hari nanti. Namun, segala harapan itu kemudiannya berubah apabila satu hari Pak Andak telah ditangkap polis ketika hendak menyelamatkan anak saudaranya, Maya dari musuh tradisinya Geng Pak Man.

Setelah lima tahun, Pak Andak dibebaskan dari penjara. Namun, pada hari dia dibebaskan , Pak Andak telah ditembak secara hendap dan meninggal dunia di pangkuan Sahak. Sebelum meninggal, Pak Andak sempat meninggalkan amanat pada Sahak untuk mencari siapa yang menembaknya dan membalas dendam.

Kemudian Sahak menjadi buruan polis disebabkan dia hilang dari tempat pembunuhan dan telah menjadi suspek utama. Sahak yang pada mulanya berbelah bahagi sama ada mahu menyerah diri atau tidak, kemudiannya tekad untuk melaksanakan amanat terakhir Pak Andak.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content