Drama Gadis Masa (Viu)

SHARE:

Nantikan siri Viu Original, Gadis Masa dibintangi oleh Mira Filzah, Syafiq Kyle dan Tracie Sinidol. Drama ini diarahkan oleh Yussuf Yunus te...

Nantikan siri Viu Original, Gadis Masa dibintangi oleh Mira Filzah, Syafiq Kyle dan Tracie Sinidol. Drama ini diarahkan oleh Yussuf Yunus terbitan Cinemalaya Studios. Disiarkan di platform Viu mulai 23 Januari 2025, episod baharu pada setiap Khamis. Muat turun aplikasi secara percuma di App Store, Google Play, dan Huawei App Gallery, atau tonton di laman sesawang rasmi www.viu.com.

Gadis Masa
Episod: 8
Tarikh Tayangan: 23 Januari 2025
Waktu Siaran: Khamis, 12 tengah hari
Platform: Viu
Idea Asal: Syarul Akmal
Penulis Skrip: Syarul Akmal, Azhar Amirulhisyam, Amar Amir, Farah Alya Ashaari, Lynnda Sharudin
Pengarah: Yussuf Yunus
Produksi: Cinemalaya Studios Sdn Bhd

Watak Pelakon

Mira Filzah sebagai Maya
Syafiq Kyle sebagai Khairi
Tracie Sinidol sebagai Maya (dahulu)
Haziq Hussni sebagai Lepat
Bella Dowanna sebagai Suzana Mokhtar
Razak Ahmad sebagai Khaled
Nadia Aqilah sebagai Khatijah
Azhar Sulaiman sebagai Mokhtar
Aleza Shadan sebagai Zetty
Dian P. Ramlee sebagai Sofea
Amanda Ang sebagai Ramona
Ben Tan sebagai Mr K.C
Fadlan Hazim sebagai Aidil
Sheryy Al Jeffry sebagai Miss Ekaira

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Masa
Penyanyi: Amylea
Komposer & Lirik: Amyea

Sinopsis Gadis Masa
Mengisahkan tentang Maya dan Khairi, pasangan muda yang jatuh cinta pandang pertama pada tahun 2014 dan akhirnya berkahwin. Namun, 10 tahun kemudian, perkahwinan mereka yang kelihatan kukuh mula goyah apabila Khairi menyatakan keinginannya untuk berpisah. Maya, seorang wanita yang tegas dan teratur, cuba mencari punca masalah. Dari isu kewangan hingga kemungkinan orang ketiga, Maya akhirnya menyedari bahawa punca sebenarnya adalah dirinya sendiri.

Dalam usaha menyelamatkan perkahwinannya, Maya secara tidak sengaja menemui sebuah payung misteri yang membawanya kembali ke masa lalu. Dengan harapan untuk membetulkan kesilapannya, Maya menggunakan peluang ini, tetapi setiap percubaan hanya menjadikan keadaan lebih rumit. Pada akhirnya, dia mula menyedari bahawa cinta pandang pertama mereka mungkin tidak seharusnya berlaku. Untuk kebaikan kedua-dua pihak, Maya kembali ke masa lalu untuk menggagalkan perkahwinannya sendiri. Namun, apakah takdir mampu diubah?

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content