Big Stage Alpha 2025

SHARE:

Astro kembali dengan Big Stage Alpha iaitu edisi yang diberi nafas segar kepada konsep asal siri realiti popular Big Stage dalam musim terba...


Astro kembali dengan Big Stage Alpha iaitu edisi yang diberi nafas segar kepada konsep asal siri realiti popular Big Stage dalam musim terbaharunya. Program ini tampil dengan format all-male spin-off, menampilkan 18 bintang lelaki yang akan bersaing untuk merebut peluang eksklusif menjadi sebahagian daripada ‘boy group’ (kumpulan lelaki) pertama yang bakal debut di bawah naungan Astro, ditentukan melalui gabungan markah juri dan undian peminat.

Bintang-bintang ini yang berusia antara 18 hingga 37 tahun, datang daripada pelbagai latar belakang
termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia, membawakan kepelbagaian yang memukau dan menarik dalam persaingan ini.

Setiap minggu, mereka akan diuji hingga ke had maksimum melalui persembahan solo dan misi
berkumpulan berdasarkan tema yang diberi.

Kesemua bintang Big Stage Alpha akan dijuri oleh Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini. Manakala Elly Mazlein dan bintang Indonesia, Rina Nose menggalas tanggungjawab sebagai hos.

Big Stage Alpha akan mula bersiaran pada 27 April 2025, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria
(Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.

Senarai 18 Peserta yang akan bersaing dalam Big Stage Alpha:

1. Afiq Sky
2. Alif Azri
3. Allan Anderson
4. Ariel Fesol
5. Ashmirul
6. Araff
7. Que
8. Qarl G
9. Daniel Sher
10 .Ray-D
11. Apich Lo
12. Ridhwan Azman
13. Awienit
14. Suff Ahmed
15. Syafeek Ikhwan
16. Izat Ibrahim
17. Rizal Rasid
18. Shaqeen

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content