Sayangku Cikgu Hania (TV1)

SHARE:

Nantikan drama Sayangku Cikgu Hania adaptasi daripada novel Cikgu Kan Kugari Hatimu karya Sophilea bakal ditayangkan menerusi slot Widuri di...

Nantikan drama Sayangku Cikgu Hania adaptasi daripada novel Cikgu Kan Kugari Hatimu karya Sophilea bakal ditayangkan menerusi slot Widuri di RTM TV1 bermula 20 April 2025 pada setiap Jumaat hingga Ahad jam 6:45 petang. Drama arahan Hashim Rejab, menampilkan Ali Reza dan Elvina Mohamad sebagai pelakon utama.

Sayangku Cikgu Hania
Episod: 26
Tarikh Tayangan: 20 April 2025
Waktu Siaran: Jumaat - Ahad, 6:45 petang
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Pengarah: Hashim Rejab
Produksi: MIG Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ali Reza sebagai Fahri Rakib
Elvina Mohamad sebagai Hania Danira
Dayang Areeda sebagai Yasmin
Alif Hadi sebagai Nazir
Natasha Rashdan sebagai Cikgu Ila
Hanna Halim sebagai Cikgu Alisa
Liang Chia sebagai Alvin Zahri
Dayang Elle sebagai Kak Long
Aishah Atan sebagai Mak Raha
Ayuna Yusof sebagai Mama Nisah
Faizul Syaharin sebagai Azman
Eyda Rahman sebagai Cikgu Lily

Sinopsis Sayangku Cikgu Hania
Cikgu Haniayang putus tunang dengan Nazir telah bertemu dengan Inspektor Fahri Rakib dan jatuh cinta. Pelbagai rintangan yang Hania hadapi sepanjang pertunangannya bersama Fahri.

Nazri tidak hadir di majlis pernikahannya dengan Hania. Hania sedih Nazir langsung tidak menjawab panggilannya dan memalukan keluarga Hania. Pada hari itu, Nazir dan Yasmin, kawan baik Hania berkahwin di Thailand. Inspektor Fahri bertukar ke kampung halamannya setelah berkhidmat di Sabah selama 6 tahun. Hania ke rumah Yasmin dan mendapati Nazir turut berada di situ.

Sinopsis Novel Sayangku Cikgu Hania
Hania, meski hatinya pernah dilukai dengan belati tajam namun pada dia bukan semua lelaki punya cinta yang sama. Pertama kali bertemu Inspektor Fahri Rakib, hatinya berdetap kencang. Saat dia jatuh cinta, jiwa Fahri cuba ditawan meski rasa malu menerjah hati. Pelbagai cara dia cuba untuk dapatkan cinta Fahri. Rasa malu dan ego dibuang demi memiliki hati Fahri.

Dalam mengelak, Fahri juga jatuh cinta pada guru yang menumpang sewa di kampungnya ini. Beberapa kali pertemuan yang dicipta Hania, akhirnya Fahri angaukan Hania sehingga tersenyum sendiri dan sanggup minta nombor telefon Hania daripada ibunya.

Saat kasih bersulam, dugaan datang. Saat Hania rasakan dirinya tidak dipedulikan, ada seseorang yang sedang menanti dengan penuh harapan. Saat hati Hania bersedih dengan sikap Fahri, ada jiwa yang sedang menunggu untuk kembali bermukim di hati.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content