Raise The Star Malaysia

SHARE:

Program realiti nyanyian terbaharu Astro, ‘Raise The Star Malaysia’ bakal menyaksikan lima komposer terkenal bergabung dalam mencari lima pe...

Program realiti nyanyian terbaharu Astro, ‘Raise The Star Malaysia’ bakal menyaksikan lima komposer terkenal bergabung dalam mencari lima pelapis baharu untuk mempersembahkan lagu baru hasil gubahan mereka di pentas akhir ‘Raise The Star Malaysia’.

Kelima-lima komposer popular iaitu Ajai, Audi Mok, Aina Abdul, Shila Amzah dan Ikhwan Fatanna akan menggunakan pengalaman, kreativiti dan pengetahuan mereka sepanjang penglibatan dalam industri muzik untuk mencari, membimbing bakat baharu.

‘Raise The Star Malaysia’ membawakan 30 bintang yang telah berjaya melepasi saringan ujibakat dari pelbagai lapisan umur dan latar belakang.

Disaring oleh juri-juri berbakat, terdiri dari guru-guru vokal, komposer jemputan dan pihak produksi dengan teliti, kesemua mereka telah melalui 2 sesi uji bakat secara digital dan juga fizikal dimana mereka telah membuktikan kepada para juri dengan memberikan lantunan vokal yang mengagumkan.

Penjurian Raise The Star Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemarkahan komposer (juri) dan undian pihak umum.

Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.

Dihoskan oleh dua gandingan pengacara terkenal tanah air, Alif Satar dan juga Sherry Alhadad, Raise The Star bakal bersiaran selama lapan minggu dan secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam.

‘Raise The Star Malaysia’ bakal menemui penonton bermula 22 Jun 2025, setiap Ahad jam 9 malam secara langsung di Astro Ria (Saluran 104) dan boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.

Senarai 30 peserta Raise The Star Malaysia ialah:
Aiman Hakim, Aliff Amie, Amir, Aril Eles, Ayiena, Azren Al Bakri, Bella, Bosswan, Darling, Didie Shazry, Erika Foo, Faysal Saad, Halida Ramlee, Hariz Fayahet, Iqmal Romie, Keka, Khalyn, Maria Effendi, Max Brandon, Melinda Dadew, Nishman, Pasya, Rayme, Scha Nurul, Sharee Lopes, Syaf KaharSyahera, Wanns Ahmad, Zuana, ZurY

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content