Drama Seadanya Kita (Viu)

SHARE:

Viu Malaysia mempersembahkan drama bersiri ketujuh untuk tahun ini, Seadanya Kita (Unexpectedly Yours). Diarahkan oleh Feroz Kader. Drama in...

Viu Malaysia mempersembahkan drama bersiri ketujuh untuk tahun ini, Seadanya Kita (Unexpectedly Yours). Diarahkan oleh Feroz Kader. Drama ini menampilkan gandingan Emma Maembong dan Mierul Aiman. Siri romantik 15 episod ini akan ditayangkan secara eksklusif di Viu bermula 7 Ogos 2025, dengan episod baharu setiap Khamis dan Jumaat. Muat turun aplikasi Viu melalui App Store, Google Play, Huawei AppGallery, TV Pintar, atau layari www.viu.com.

Seadanya Kita
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 7 Ogos 2025
Hari Siaran: Khamis & Jumaat
Platfrom Penstriman: Viu
Idea Asal: Adila Ramly & Liza Nur
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Global Film Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Emma Maembong sebagai Alani
Mierul Aiman sebagai Kerol
Shahz Jaszle sebagai Farouq
Nelissa Nizam sebagai Neesa
Ara Johari sebagai Maria
Mikael Noah sebagai Iqi
Anas Ridzuan sebagai Zam
Yasmin Hani sebagai Sarah
Shah Farid Zain sebagai Ayah Kerol

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Berakhir Kita
Penyanyi: Syamel
Komposer & Lirik: Omar K & Shazriq Azeman

Sinopsis Seadanya Kita
Kisah Alani (Emma Maembong), seorang ibu tunggal yang sedang membina semula kehidupannya bersama anak lelaki, Iqi (Mikael Noah), selepas ditinggalkan oleh suaminya, Farouq (Shahz Jaszle). Kehidupan yang mula stabil kembali terganggu apabila Farouq muncul semula selepas lima tahun menghilang.

Dalam masa yang sama, Alani bertemu Kerol (Mierul Aiman), seorang penyanyi rock muda yang masih dibayangi masa silamnya. Hubungan profesional antara mereka perlahan-lahan berkembang menjadi sesuatu yang lebih mendalam apabila Kerol menemui ketenangan dalam keluarga kecil Alani. Tanpa disedari, Kerol mula memainkan peranan penting dalam kehidupan Iqi, peranan yang Alani sendiri belum bersedia untuk terima.

Terperangkap antara masa lalu yang menuntut peluang kedua, masa kini yang perlu dijaga, dan masa depan yang mungkin menjanjikan kebahagiaan, Alani terpaksa berdepan luka lama yang disangkanya telah lama sembuh.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content