Filem Denu (2025)

SHARE:

DENU, sebuah filem yang menyelami kisah tentang seni tradisi Mak Yong zaman pra-merdeka dari era 1955. Filem arahan Dato' Ahmad Tamimi S...

DENU, sebuah filem yang menyelami kisah tentang seni tradisi Mak Yong zaman pra-merdeka dari era 1955. Filem arahan Dato' Ahmad Tamimi Siregar ini membariskan pelakon hebat seperti Sabri Yunus, Hairi Safwan, dan Nad Zainal. Bakal ditayangkan di pawagam mulai 21 Ogos 2025.

Denu
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 21 Ogos 2025
Penulis Skrip: Nassarudin Ab Rasif
Pengarah: Dato' Ahmad Tamimi Siregar
Produksi: True Legacy Sdn Bhd

Watak Pelakon
Sabri Yunus sebagai Pok Yeh
Nad Zainal sebagai Asmah
Hairi Safwan sebagai Amiruddin
Iman Al Haixal sebagai Meli
Ima Aleyqa Asri sebagai Khatijah
Azman Hassan sebagai Pok Do
Shah Kimin sebagai Jali
Kamarulzaman Taib sebagai Datuk Nik

Sinopsis Denu
Pak Yeh mahukan Mak Yongnya dengan akar keaslian seni berdepan dengan cabaran Amiruddin yang mahu seni Mak Yong beradaptasi dengan masa. Pak Yeh juga tersepit antara kehendak Datuk Nik yang mahu Mak Yong dapat membantu gerakan kemerdekaan sedang kehalusan seni Mak Yong mulai luntur. Kehadiran Amiruddin di tengah-tengah perkahwinan Pak Yeh dengan Asmah mencelarukan jiwa seni Pak Yeh.

Asmah pula mahu terlibat dalam persembahan Mak Yong yang mengangkatnya menjadi primadona dan merasakan kehadiran Amuriddin banyak membantu. Realiti kehidupan terjawab apabila mereka mengadakan persembahan di Kota Bharu. Banyak konflik jiwa yang memangkas hati antara Pak Yeh, Asmah dan Amuriddin serta Datuk Nik. Ramli anak muda bercita-cita besar melihat pedihnya kekecewaan. Denu mengisarkan kemanisan, kejayaan, kehebatan yang dicari bersalut kesakitan dan keperihan jiwa mengharunginya.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content