Oohooi...! Merdeka...!! (TV Okey)

SHARE:

Saksikan telefilem Oohooi...! Merdeka...!! arahan Khir Rahman akan menemui penonton pada 31 Ogos 2025 ini, pukul 4.00 petang di saluran TV O...

Saksikan telefilem Oohooi...! Merdeka...!! arahan Khir Rahman akan menemui penonton pada 31 Ogos 2025 ini, pukul 4.00 petang di saluran TV Okey dan RTMKlik.

Oohooi...! Merdeka...!!
Waktu Siaran: Ahad, 31 Ogos 2025, 4:00 petang
Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
Pengarah: Khir Rahman
Produksi: Purity International Sdn Bhd

Pelakon
Tapai Gegarlawak, Dottie, Amyza Aznan, Man Rajalawak, Loganathan, Dboy Hamdan, Nizam Rajalawak, Joey Daud

Sinopsis Oohooi...! Merdeka...!!
Mengisahkan tentang kekecohan di Kampung Pandang Serong dan Kampung Hidung Terpacak dalam membuat persiapan untuk sambutan Merdeka.

Kisah bermula dengan kekecohan Kampung Pandang Serong yang sibuk membuat persiapan terakhir yang diketuai oleh Sidang Jored, ketua Kampung Pandang Serong yang bersemangat untuk menyambut seorang tetamu penting, YB. Sidang Jored dan pembantunya, Dollah Canggih, bergelut secara komikal untuk membuat persiapan bagi menyambut ketibaan YB, termasuk berlatih upacara penyambutan. Mereka terpaksa berdepan dengan cabaran seperti kekurangan kumpulan kompang dan masalah pendengaran Dollah.

Keadaan semakin kecoh ketika mereka menyambut ketibaan YB. Apabila YB secara tak sengaja jatuh ke dalam sungai ketika cuba naik ke jeti kampung. Kedatangan YB untuk mengumumkan pertandingan bersempena Hari Merdeka tahun 2025. Entah macam mana, setelah diumumkan, acara yang dipertandingkan antara Kampung Pandang Serong dan Kampung Hidung Terpacak, adalah untuk mereka membuat bendera Malaysia.

Rentetan dari itu, bermulalah peperangan di antara Amat Kasan dan Sidang Jored yang mewakili kampung masing-masing. Sidang Jored menyusun strategi untuk memenangi pertandingan dengan memberi mandat kepada Kak Besah, tukang jahit popular di Kampung Pandang Serong untuk menyiapkan bendera untuk kampung mereka. Namun hal ini, menyebabkan Amat Kasan yang telah lama menyimpan dendam untuk mencari jalan demi menggagalkan persiapan Kak Besah.

Kedatangan Uncle Silau, seorang pereka fesyen dari bandar ke Kampung Pandang Serong semakin menimbulkan kekecohan di kampung tersebut, kerana sebagai mana namanya, penduduk Kampung Pandang Serong sememangnya berfikiran sempit terutamanya kepada orang luar. Uncle Silau merancang untuk membuka semula kedai jahit ayahnya, menyebabkan Kak Besah berasa tercabar.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content