Skuad Apartmen Putra : Misi Cinta Merdeka (TV2)

SHARE:

Saksikan telefilem "Skuad Apartmen Putra: Misi Cinta Merdeka" yang bakal disiarkan pada 25 Ogos 2025 ini jam 9 malam di TV2 dan RT...

Saksikan telefilem "Skuad Apartmen Putra: Misi Cinta Merdeka" yang bakal disiarkan pada 25 Ogos 2025 ini jam 9 malam di TV2 dan RTMKlik.

Skuad Apartmen Putra Misi Cinta Merdeka
Waktu Siaran: Isnin, 25 Ogos 2025, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip:
Pengarah: Rohayu Abdul Wahab
Produksi: Unit Drama TV RTM

Watak Pelakon
Jiggy Masin sebagai Jaafar
Elly Ariffin sebagai Elly
Atu Zero sebagai Ba
Mamak Puteh sebagai Subadron
Dewa Sapri sebagai Uncle Joe
Zulin Aziz sebagai Julia
Norkhiriah sebagai Kak Nor
Kenchana Dewi sebagai Puan Mala
Angeline Tan sebagai Maria
Faha Azhar sebagai Kapten Zam

Sinopsis Skuad Apartmen Putra : Misi Cinta Merdeka
Mengisahkan tentang kisah seorang penyelia bangunan sebuah apartmen nekad melamar kekasihnya tetapi hasratnya terbantut apabila ayahnya tiba-tiba menghilangkan diri bersama wanita misteri disebuah pusat peranginan. Situasi itu memaksa dia dan kawan-kawan apartmennya memulakan misi penyiasatan hingga menemui pendedahan yang mengejutkan.

Di Apartmen Putra, Jaafar seorang penyelia bangunan. Dia mempunyai satu misi iaitu mahu melamar kekasihnya, Elly. Namun segalanya porak-peranda apabila ayahnya, Uncle Joe menentang hasrat tersebut dan tiba-tiba menghilangkan diri bersama seorang wanita misteri ke sebuah ke pusat peranginan. Cemas dan keliru, Jaafar bersama Skuad Apartmen Putra paling huru-hara. Ba si propman dari Sabah, Subadron si penganggur penuh mimpi, Kak Nor si sekuriti berjiwa besi, Julia si penjaga kedai mencari jodoh, dan Elly si barista kekasih hati memulakan “Misi Cinta Merdeka”. Satu pencarian yang penuh penyamaran, komedi, dan momen menyentuh hati.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content