Drama Seoul Cinta (TV3)

SHARE:

Nantikan drama bersiri 'Seoul Cinta' bakal mengisi slot Akasia TV3. Drama 13 episod terbitan Country & Universal Sdn Bhd diarahk...


Nantikan drama bersiri 'Seoul Cinta' bakal mengisi slot Akasia TV3. Drama 13 episod terbitan Country & Universal Sdn Bhd diarahkan oleh Nizam Zakaria. Menampilkan Fitri Farok, Siti Khadijah Halim, Muaz Zabir dan Cahaya Nilam sebagai pelakon utama.

Saksikan Seoul Cinta bermula 31 Oktober 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Seoul Cinta
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 31 Oktober 2025
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Raja Azidah Raja Jaafar
Pengarah: Nizam Zakaria
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd

Watak Pelakon
Fitri Farok sebagai Daniel Khalil
Siti Khadijah Halim sebagai Azra Sofea
Cahaya Nilam sebagai Raisha
Muaz Zabir sebagai Lukman
Haidar Hasanudin sebagai Joe
Nadia Kesumawati sebagai Fatimah
Marc Syahmie sebagai Adam
Ryliana Azizan sebagai Sarah
Anne Abdullah
Zarina Zainuddin

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Masih Cinta
Penyanyi: Idayu & Yuka Kharisma
Komposer & Lirik: Senna & Bella Kim

Sinopsis Seoul Cinta
Daniel Khalil (Fitri Farok) seorang usahawan muda yang tampan, berkarisma dan berprinsip tinggi soal cinta. Di sebalik kejayaannya, Daniel berpegang pada impian untuk mencari pasangan sempurna yang sepadan dengan dirinya. Dalam diam, dia menjadi pengikut setia seorang pempengaruh masakan terkenal bernama Kiki, tanpa menyedari bahawa wanita yang sering menginspirasikannya itu sebenarnya adalah Azra.

Azra (Siti Khadijah Halim), gadis sederhana yang bekerja di sebuah hotel kucing dan juga penjaga kepada kucing kesayangannya. Azra menyembunyikan identitinya sebagai Kiki kerana kurang yakin dengan dirinya sendiri dan takut dianggap tidak cukup sempurna untuk lelaki seperti Daniel.

Namun, ujian sebenar bermula apabila Daniel menjalinkan hubungan bersama Raisha (Cahaya Nilam), seorang selebriti glamor yang penuh dengan sikap diva, sementara Azra ditekan untuk menerima pinangan Lukman (Muaz Zabir), lelaki yang telah lama menyimpan perasaan terhadapnya. Pergolakan hati, rahsia yang tersimpan dan perjalanan mereka ke Seoul membuka lembaran baharu yang penuh liku dan emosi.

Adakah Daniel mampu melihat cinta sejati yang selama ini berada di hadapan matanya, atau dia akan terus terperangkap dalam ilusi kesempurnaan yang diciptanya sendiri?

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content