Drama Sumpah Ibuku (TV3)

SHARE:

Nantikan drama bersiri 'Sumpah Ibuku' akan mengisi slot akasia TV3 bermula 19 November 2025. Drama 20 episod terbitan Saphire Screen...

Nantikan drama bersiri 'Sumpah Ibuku' akan mengisi slot akasia TV3 bermula 19 November 2025. Drama 20 episod terbitan Saphire Screen Sdn Bhd dan diarahkan oleh Riza Baharudin. Menghimpunkan pelakon hebat tanah air seperti Izara Aishah, Remy Ishak, Liza Abdullah, Zara Zya, Syad Mutalib dan Syazwan Zulkifli. Sumpah Ibuku akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di TV3, dengan episod baharu turut tersedia di iQIYI satu jam selepas siaran.

Sumpah Ibuku
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 19 November 2025
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Sophilea
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd

Watak Pelakon
Izara Aishah sebagai Husna
Remy Ishak sebagai Hadith
Zara Zya sebagai Syafiqah
Lizza Abdullah sebagai Che Yam
Syazwan Zulkifly sebagai Zaim
Syad Mutalib sebagai Nurul Iman
Rahim Omar sebagai Haji Zakaria
Wilma Muhammad sebagai Zahiria
Aleza Shadan sebagai Alma
Ieda Moin sebagai Mak Uda
Ako Mustapha sebagai Ustaz Hanafi
Mia Nasir sebagai Farhana
Nik Rifaie sebagai Hilman
Anies Hann sebagai Elin
Zaleha Iman sebagai Lutfia
Sayf Mikael sebagai Zarin

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Jeda Derita
Penyanyi: Liza Hanim
Komposer: Tomok
Lirik: Fedtri Yahya

Sinopsis Sumpah Ibuku
Kisah bermula dengan Husna (Izara Aishah), seorang ibu tunggal yang tabah dan penyayang. Dia akhirnya bertemu kembali dengan cinta lamanya, Hadith (Datuk Remy Ishak), lalu mereka membina semula bahagia yang pernah hilang.

Namun, kebahagiaan itu tidak disenangi Che Yam (Liza Abdullah), ibu mentua yang licik, penuh dendam, dan menyimpan rahsia lama yang menghitamkan hatinya. Bagi memisahkan pasangan itu, Che Yam berpakat dengan Syafiqah (Zara Zya) untuk meruntuhkan perkahwinan mereka dari dalam.

Fitnah demi fitnah membuatkan Hadith mula goyah, hingga akhirnya Husna diusir dari rumah. Walaupun dikhianati, Husna tetap menjaga bapa mentuanya yang lumpuh, membuktikan kesetiaan dan kasihnya tidak mudah digoncang.

Dalam kepulangannya ke kampung, Husna bertemu Nurul Iman (Syad Mutalib), yang membantunya merungkai kejahatan Che Yam dan Syafiqah. Perlahan-lahan, kebenaran terbongkar mengubah landskap hidup semua yang terlibat.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content