Drama Separuh Nafas Cinta (TikTok Drama Sangat)

SHARE:

Nantikan drama bersiri vertikal baharu, Separuh Nafas Cinta, yang bakal disiarkan eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton mulai 1 Disemb...

Nantikan drama bersiri vertikal baharu, Separuh Nafas Cinta, yang bakal disiarkan eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton mulai 1 Disember 2025, dengan tayangan dua episod setiap hari pada jam 12.00 tengah hari dan 8.00 malam. Drama 60 episod dengan durasi dua hingga tiga minit setiap satu. Menampilkan gandingan pertama kali finalis Pencarian Pelakon Drama Sangat iaitu Amin Sufian dan Ariana Yusof, bersama barisan pelakon lain termasuk Amri Dahlan dan Zazzleen.

Separuh Nafas Cinta
Episod: 60
Tarikh Tayangan: 1 Disember 2025
Waktu Siaran: Setiap hari, 12 tengahari & 8 malam
Rangkaian: TikTok DramaSangat / Tonton
Penulis Skrip: Marr Mohamad
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production

Watak Pelakon
Ariana Yusof sebagai Ariana
Zazzleen Zulkafli sebagai Juhara
Amri Dahlan sebagai Iskandar
Amin Sufian sebagai Hariz

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Benar Indah
Penyanyi: Kai Deva
Lirik: Firdaus Rahmat

Sinopsis Separuh Nafas Cinta
Ariana (lakonan Ariana Yusof) ditinggalkan tunangnya, Iskandar (lakonan Amri Dahlan), tanpa sebarang berita sebelum akad nikah. Demi menjaga maruah keluarga, Hariz (lakonan Amin Sufian), adik Iskandar terpaksa menggantikan tempat abangnya dan menjadi “pak sanggup”.

Biarpun bersetuju berkahwin, Ariana menetapkan syarat jelas bahawa Hariz mesti menceraikannya selepas enam bulan. Namun keadaan menjadi semakin rumit apabila Ariana diburu tekanan demi tekanan, khususnya daripada Juhara (lakonan Zazzleen), ibu mentua yang langsung tidak merestui kehadirannya.

Tinggal di bawah satu bumbung, rumah Juhara menjadi medan penderaan fizikal dan emosi. Ariana terpaksa menempuh kehidupan seperti pembantu rumah, menanggung pelbagai derita, sementara Hariz tersepit dalam kedudukan sukar sebagai seorang anak dan suami. Mampukah mereka menemui kedamaian di tengah pusaran sengsara ini?

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content