$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Empat tahun menghilang, Azar Azmi kongsi hantaran terbaru di IG – 😭“Takkan ada lagi abah yang sama” 😭

SHARE:

Selepas empat tahun menghilang dari media sosial, pelakon Azar Azmi menjadi perhatian apabila berkongsi berita sebak menerusi Instagram (IG)...

Selepas empat tahun menghilang dari media sosial, pelakon Azar Azmi menjadi perhatian apabila berkongsi berita sebak menerusi Instagram (IG) miliknya.

Menerusi hantaran itu, pemilik nama Siti Azar Ameerah Azmi berkongsi mengenai berita kemalangan maut melibatkan individu yang digelarnya sebagai ‘Abah’ di Plaza Tol Bentong, Lebuh Raya Kuala Lumpur, Karak, pada Selasa.


Kongsi hantaran terbaru di IG

Azar Azmi Kongsi hantaran terbaru di IG

Menurutnya, pemergian ‘Abah’ bukan berpunca daripada ‘micro sleep’ ataupun pemanduan yang melebihi had laju tetapi disebabkan oleh daripada masalah sekatan jantung peringkat ketiga (third-degree heart block).

Malah dia juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang membantu memudahkan segala urusan individu tersebut.

“Terima kasih kepada semua yang telah membantu beliau semasa kejadian. Kami minta maaf kami tak mampu untuk membalas jasa baik anda semua. Hanya Allah yang mampu membalas jasa penat dan lelah awak semua.
“Kami minta maaf andai ada yang terpaksa tinggalkan keluarga didalam kereta sebentar di tepi jalan demi membantu abah. Terima kasih semua dan saya minta maaf kerana telah menyusahkan kalian.
“Mungkin benda nak jadi dan masa abah dah pun sampai, benda jadi pun masa abah tengah drive. Bukan sebab abah drive laju atau mengantuk, walhal kereta juga tak ada sebarang masalah.
“Berlaku third degree complete heart block menyebabkan semua damage,” tulis Azar, semalam.

Pelakon drama Derita Untuk Bahagia itu juga meminta orang ramai dapat mendoakan agar roh Mohd Sapri Aziz dicucuri rahmat dan tenang di alam yang baharu.

Azar turut menyifatkan bahawa tiada lagi sosok seorang bapa yang penyayang disisinya selepas ini.

“Tak apalah, semua telah pun selesai. Saya mohon kepada semua sedekahkan fatihah buat abah Mohd Sapri bin Aziz.
“Seorang abah yang sangat baik, seorang abah yang sangat penyayang, seorang abah yang sangat mengambil berat, seorang abah yang tak tinggi suara tapi semua takut
dengannya.
“Tak akan ada lagi abah yang sama. Tak akan ada lagi panggilan anje. Abah dah boleh rehat dah bah. Abah dah boleh tidur lena dah bah. Sakit abah semua dah hilang. Abah dah sihat dah dekat sana,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, hantaran itu telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet mengenai individu yang digelar ‘Abah’ oleh Azar dan cuba mencari tahu hubungan diantara mereka berdua.

Untuk rekod, Azar merupakan yatim piatu selepas kehilangan ibunya Arbaayah Othman pada 2015 sementara bapanya, Azmi Mohd Yusof pada 2017.

Sumber: Instagram azarazmi / Sumber : ohmymedia.cc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content