$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Jangan Pukul Rata Kesalahan Jenayah Orang Lain Terhadap Kami”- Lufya Omar

SHARE:

  “Jangan Pukul Rata Kesalahan Jenayah Orang Lain Terhadap Kami”- Lufya Omar Foto - @lufyalaana (IG) Hantaran Instagram  Lufya Omar   mencur...

 

“Jangan Pukul Rata Kesalahan Jenayah Orang Lain Terhadap Kami”- Lufya Omar

Hantaran Instagram Lufya Omar mencuri perhatian apabila pelakon itu meluahkan rasa kecewanya selepas menerima pelbagai komen yang mendakwa kumpulan usrahnya menyokong jenayah rogol.

Dalam hantaran miliknya, Lufya menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah keterlaluan, terutamanya apabila ditinggalkan pada hantaran usrah bulanan yang melibatkan ramai selebriti wanita dan ustazah yang giat menyampaikan ilmu agama.

“Nauzubillahiminzalik. Isu ni dah beberapa hari hangat diperkatakan. Fya rasa melampau la kalau tetibe dapat komen sebegini seolah-olah kami semua menyokong dan terlibat dengan jenayah ini. Komen pulak dekat posting Usrah bulanan yang melibatkan ramai selebriti dan ustazah yang sedang mengajar agama.”

“Bahaya kata-kata sebegini. seluruh tindakan, baik sekecil zarah, akan mendapatkan konsekuensi yang setimpal, baik di dunia maupun di akhirat. Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, sedangkan kejahatan akan kembali kepada pelakunya. Ini mencerminkan keadilan ilahi di mana tidak ada perbuatan yang luput dari pengawasan Allah S.W.T.”

Pada masa yang sama, Lufya turut menekankan agar orang ramai tidak mudah menyamaratakan kesalahan seseorang individu kepada orang lain. Bukan itu sahaja, pelakon tersebut juga menyeru orang ramai untuk membenci jenayah itu sendiri dan bukannya orang sekeliling yang tidak bersalah.

“Janganlah pukul rata kesalahan jenayah orang lain terhadap kami. Kita sedang berusaha istiqamah di jalanNya. Mudah untuk berhijrah tutup kepala, tutup aurat tapi tidak mudah untuk istiqamah. Jangan samakan kesalahan 1 individu yang berbuat jenayah, habis semua nama terpalit. It’s not fair and don’t normalise this kind of mentality.”

“Kita boleh benci kesalahan/jenayah yang dilakukan tapi jangan membenci orang sekeliling yang tidak bersalah. Dalam setiap manusia pasti ada dosa dan kesalahan yang dilakukan. Cukup dengan mendoakan ahli keluarga kita selamat dan tidak menerima ujian “berat” seperti ini. Who are we to judge anyone? Biar pihak berkuasa yang jalankan tugas mereka.”

Hantaran Lufya Omar itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, terutamanya apabila ada yang menyokong pendiriannya supaya tidak menghakimi sesuatu benda secara melulu.

Sumber : murai.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content