Koleksi Raya Malabar Gold & Diamonds: Inspirasi 14 Negara Yang Buatkan Anda Jatuh Hati

SHARE:

  Koleksi Raya Malabar Gold & Diamonds: Inspirasi 14 Negara Yang Buatkan Anda Jatuh Hati   Share on Facebook   Raya tahun ni, MURAI tela...

 

Koleksi Raya Malabar Gold & Diamonds: Inspirasi 14 Negara Yang Buatkan Anda Jatuh Hati

Raya tahun ni, MURAI telahpun tengok sendiri koleksi Hari Raya 2026 Malabar Gold & Diamonds, memang tak boleh pandang sebelah mata! Dari emas 21K (875) hingga emas 22K (916), setiapnya direka khas untuk memenuhi citarasa moden dan klasik, sambil mengekalkan keanggunan dan tradisi Aidilfitri.

Yang paling menarik, koleksi ni diinspirasikan dari 14 negara berbeza, menjadikan setiap rekaan unik, sofistikated dan bercirikan global. Ada rantai panjang, gelang lebar dalam pilihan emas kuning, emas ros, dan emas putih, sesuai untuk mereka yang mahukan gaya moden tapi tetap classy.

 

Untuk menambah glamor, koleksi Raya ini dipersembahkan dalam Aura Aidilfitri 2026, pertunjukan fesyen eksklusif oleh pereka fesyen Diraja Malaysia, Dato’ Radzuan Radziwill, memang aura eksklusif berganda!

Dan kalau nada mahukan pengalaman lebih personal, Malabar Promise memberikan ketenangan fikiran dengan jaminan ketelusan harga, ketulenan emas dan berlian, serta nilai pertukaran 100%, selain perkhidmatan reka bentuk peribadi untuk pelanggan yang mahukan jewelry custom-made.

Untuk memeriahkan lagi, Artistry Show akan berlangsung dari 24 Januari hingga 2 Februari 2026, mempamerkan koleksi edisi terhad dan peluang pertukaran eksklusif, termasuk pertukaran emas 22K dan berlian lama.

 

Bilik Pameran Flagship Bangsar

Malabar Gold & Diamonds juga baru sahaja membuka bilik pameran flagship terbaharu di 67, Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur. Lokasinya premium, menawarkan pengalaman membeli-belah yang eksklusif, selesa dan privasi tinggi. Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Bahriah Mohd Tamil dari MITI, bersama Yang Mulia Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi dan Datin Hezeita, serta barisan kepimpinan Malabar Gold & Diamonds.

M.P. Ahammad, Pengerusi Malabar Group

Menurut M.P. Ahammad, Pengerusi Malabar Group:

“Bilik pameran Bangsar bukan sekadar cawangan baru. Ia simbol komitmen kami dalam menetapkan piawaian baru dari segi ketelusan, inovasi, dan nilai bertanggungjawab.”

Dengan pembukaan ini, Malabar Gold & Diamonds kini mengendalikan sembilan bilik pameran di Malaysia, sambil terus menggabungkan kemewahan global dengan nilai etika dan kelestarian.

 

 

Sumber : www.murai.my
 

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content