Mia Sara Mahu Dianggap Lebih Sekadar Budak-budak..?

SHARE:

       Biodata Mia Sara, Keluarga & Isu Terkini Siapa yang tak kenal Mia Sara, gadis cilik yang sering membawakan watak se...

     

Biodata Mia Sara, Keluarga & Isu Terkini

MIA SARA

Siapa yang tak kenal Mia Sara, gadis cilik yang sering membawakan watak sebagai kanak-kanak dalam beberapa siri drama dan telefilem di kaca televisyen lebih sedekad yang lalu. Beliau mula aktif dalam industri seni sejak 2008 (berusia 3 tahun) dan kini telah pun beranjak dewasa, berusia 21 tahun (2026).

Pencapaiannya dalam industri hiburan tanah air sebagai pelakon kanak-kanak sejak 2008 memang sangat memberangsangkan. Beliau telah berlakon lebih 20 drama, filem dan telefilem di Astro Ceria dan saluran lain.

Mari kenali lebih lanjut siapa sebenarnya Mia Sara dan isu terkini yang menerpanya.

Siapa Mia Sara?

Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan atau lebih dikenali sebagai Mia Sara merupakan seorang pelakon dan selebriti Malaysia yang mula mencipta nama sebagai pelakon kanak-kanak sejak tahun 2008.

Beliau mencapai puncak populariti menerusi siri ikonik Strawberi & Karipap serta filem seperti Nur Kasih The Movie dan Papa I Love You, yang turut melayakkannya memenangi anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24.

Kini pada usia 21 tahun, Mia aktif membina imej sebagai pelakon dewasa menerusi naskhah seperti drama TikTok FYP Macam VIP sambil menguruskan kerjaya sebagai pempengaruh media sosial.


Biodata Mia Sara



Sumber: @therealmiasara
Nama Penuh Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan
Nama Popular Mia Sara
Tarikh Lahir 30 September 2005
Umur (2026) 21 Tahun
Tempat Lahir Kuala Lumpur, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon, Usahawan, Model & Pempengaruh Media Sosial
Tahun Mula Aktif 2008 (Sejak usia 3 tahun)
Pendidikan Sekolah Menengah (Tamat SPM)
Status Bujang
Agensi Pengurusan Xeno Entertainment
Instagram @therealmiasara
Tiktok @miasaranasuha

Kehidupan Peribadi & Keluarga

Mia Sara Nasuha merupakan anak ketiga daripada 4 beradik kandung dan mempunyai beberapa orang adik beradik tiri. Ibu bapa kandungnya dikhabarkan sudah berpisah sejak Mia kecil lagi. Beliau tinggal bersama bapanya dan ibu tirinya, Nor Amishah Othman.

Sejak awal kemunculannya sebagai pelakon kanak-kanak, bapanya sering menjadi tonggak utama dalam menguruskan perjalanan seni serta kebajikan beliau di set penggambaran.



Sumber: Mia Sara Nasuha

Mia membesar dalam persekitaran keluarga yang menyokong penuh kerjayanya, di mana bapanya juga sering tampil di media untuk memberikan penjelasan atau kenyataan rasmi sekiranya terdapat sebarang isu yang melibatkan dirinya.

Mia mula mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada usia 11 tahun (sekitar tahun 2016), satu anjakan yang turut mendapat sokongan daripada ahli keluarganya.


Sumber: @therealmiasara




Sumber: @therealmiasara


Sumber: @therealmiasara


Mia Sara Mahu Dianggap Lebih Sekadar Budak-budak..

Dalam satu sidang media, Mia Sara Nasuha menyuarakan kekecewaan kerana masih dilabel sebagai “pelakon kanak-kanak” walaupun sudah berusia 21 tahun pada 2026.

Beliau mahu dianggap lebih matang dan diberi peluang watak dewasa dalam industri hiburan Malaysia.

Mia mengakui “penat jadi budak kecil” dalam wawancara awal Januari 2026, menekankan pengalaman bertahun-tahunnya sejak usia 3 tahun patut dihargai.

Beliau menangis sebak di media sosial, merayu agar tidak lagi dibatasi imej lama.


Sumber: @therealmiasara


Isu Terkini Mia Sara & Puteri Balqis

Isu antara Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis (Aqish) kembali meledak dan menjadi topik hangat beberapa hari ini.

Konflik ini melibatkan dakwaan serius yang menyentuh peribadi, maruah keluarga, dan sejarah lama mereka sebagai pelakon kanak-kanak.

23 Januari yang lalu, Puteri Balqis memuat naik hantaran di Instagram yang “menyeru” Mia Sara. Balqis mendakwa Mia pernah menghina ibunya secara terbuka di media sosial beberapa tahun lalu dengan mendakwa ibunya tidak memberikan didikan agama yang baik.

Balqis juga mendakwa Mia sering “menyukai” (like) komen-komen netizen yang berunsur hinaan terhadap keluarganya.


Sumber: morosechild

Puteri Balqis menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri lagi setelah bertahun-tahun menanggung tekanan emosi dan menuntut Mia Sara membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ibunya.

Selain itu, Puteri Balqis juga memberi kejutan besar kepada pubik apabila mendakwa imej murni dan bertudung yang dipaparkan Mia di media sosial adalah berbeza dengan realiti.

Antara dakwaan berat yang berlegar di media sosial tentang Mia Sara ialah:

  • Mia sering mengunjungi kelab malam (clubbing).
  • Mia terlibat dengan aktiviti “buka botol” (open bottle) atau minuman keras.
  • Pengambilan dadah dan menggugurkan kandungan.

Kebenaran isu ini tidak diketahui kerana pihak Mia Sara belum mengeluarkan apa-apa kenyataan dan masih berdiam diri.

Bukan itu sahaja, Balqis juga mendedahkan bahawa dia pernah menjadi mangsa buli ketika kecil oleh rakan pelakon sebaya yang dianggap “femes”.

Terdapat krew produksi yang tampil mendakwa pernah mendengar Mia Sara dan Rykarl Iskandar mengutuk Balqis (seperti menghina beg buruk dan solekan murah) semasa mereka kanak-kanak.

Rykarl bagaimanapun telah tampil mempertahankan diri dan menafikan dakwaan tersebut.


Reaksi Mia Sara & Pihak Pengurusan

Pihak pengurusan Mia Sara menyatakan Mia berada dalam keadaan baik namun pihak pengurusan (Xeno Entertainment) sedang memantau situasi sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi atau tindakan undang-undang.

Bapa Mia Sara, Muhammad Ridhuan juga meminta orang ramai tidak membuat spekulasi liar dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa sekiranya perlu.


Sumber : www.ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content