Mistake? Must Take? Salah tulis komen, Mia Sara akui mudah cepat panik – “Saya rasa malu” Shame On...

SHARE:

  Salah tulis komen, Mia Sara akui mudah cepat panik – “Saya rasa malu”     Pelakon muda, Mia Sara Nasuha, tampil menjelaskan isu salah faha...

 

Salah tulis komen, Mia Sara akui mudah cepat panik – “Saya rasa malu”

 
 

Pelakon muda, Mia Sara Nasuha, tampil menjelaskan isu salah faham yang berlaku melibatkan dirinya dan aktres, Puteri Balqis, susulan kenyataan yang pernah ditulisnya dahulu.

 

Mudah cepat panik

mia sara salah tulis komen

Menurut perkongsian di TikTok, pemilik nama Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 21, berkata, dia tidak berniat untuk menghina atau memperlekehkan pelakon itu dan mengakui cara penulisan yang telah dibuat telah menimbulkan salah faham dalam kalangan orang ramai.

 
“Saya tidak tahu apa yang saya katakan itu kedengaran seolah-olah saya menghina bagaimana dia dibesarkan. Saya tak salahkan dia pun sebab bila baca balik memang mengundang,” kata Mia dalam audio siar Kita Kita Aje! Podcast.
 

Tambahnya lagi, dia mengakui apabila membaca semula kenyataan tersebut, baru dirinya sedar ia ditulis dalam keadaan emosi dengan situasi yang sangat menekan pada waktu itu.

“Masa itu sangat besar impaknya. Ia terlalu besar sampai saya panik dan tidak tahu apa yang perlu dibuat. Saya terfikir sama ada perlu minta maaf atau menulis sesuatu untuk memperbetulkan semula keadaan,” ujarnya.

Bagaimanapun,  bapanya menasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelakkan isu tersebut menjadi lebih besar.

“Papa cakap tidak perlu tulis apa-apa. Kalau saya cuba jelaskan, orang akan gunakan peluang itu untuk memutarbelitkan kata-kata dan membesarkan isu.
“Saya rasa malu sebab sebenarnya saya yang cakap salah. Tapi itu bukan niat saya,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Puteri Balqis meluahkan rasa kesal dengan tindakan Mia yang didakwa pernah memburukkan dia serta ibunya di hadapan orang ramai.

Malah aktres berkenaan turut mendakwa tindakan Mia menangis di hadapan media ketika ditemu bual disifatkan sebagai cubaan meraih simpati selain menutup sisi buruk dirinya.

Sumber: TikTok kitakitaajepodcast

 
PERHATIAN: Pihak Oh My Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
 
 
Sumber : ohmymedia.cc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content