$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Rumah Mampu Milik 2026, Ketahui Tiga Inisiatif Kerajaan Untuk Bantu Pembeli Rumah Pertama

SHARE:

Rumah Mampu Milik 2026, Ketahui Tiga Inisiatif Kerajaan Untuk Bantu Pembeli Rumah Pertama   Kerajaan terus mempergiat usaha mengawal harga r...

Rumah Mampu Milik 2026, Ketahui Tiga Inisiatif Kerajaan Untuk Bantu Pembeli Rumah Pertama 

Kerajaan terus mempergiat usaha mengawal harga rumah menerusi tiga inisiatif strategik bagi memastikan rakyat, khususnya pembeli rumah pertama, masih mampu memiliki kediaman sendiri.
Kerajaan tetapkan siling RM300,000, pemetaan harga kawal kenaikan harga rumah - Sinar Harian
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu

Menurut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu, antara langkah utama dilaksanakan ialah penetapan harga siling rumah mampu milik pada RM300,000 di bawah Dasar Perumahan Mampu Milik Negara.

Harga Rumah Ikut Pendapatan Setempat

Bagi memastikan harga yang ditetapkan lebih realistik, kementerian turut melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik berdasarkan pendapatan median mengikut negeri dan daerah, berpandukan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2024.

“(Kerajaan) melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik berdasarkan pendapatan median mengikut negeri dan daerah hasil daripada Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah pada 2024.

“Pemetaan ini menjadi rujukan bagi penetapan harga rumah di satu-satu lokaliti dan boleh diakses di papan pemuka maklumat rumah mampu milik di laman web Malaysian Urban Observatory (MUO),” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Pemantauan Projek Perumahan Lebih Ketat

Dalam pada itu, pemantauan pemajuan perumahan diperkukuh menerusi pelaksanaan Sistem Pengurusan Perumahan Bersepadu (HIMS) yang memproses permohonan lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan secara dalam talian.

Sistem ini berfungsi sebagai mekanisme utama pengumpulan data perumahan bagi tujuan pemantauan, pelaporan dan intervensi awal terhadap projek yang lewat atau berisiko.

Harga Rumah Naik, Bantuan Terus Dipertingkat

Sekadar info tambahan, menurut laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Indeks Harga Rumah Malaysia bagi separuh pertama 2025 mencatatkan 227.3 mata dengan harga purata RM490,376 seunit, sekali gus menunjukkan trend peningkatan harga rumah di pasaran.

Bagi meringankan beban pembeli rumah pertama, kerajaan terus memperkukuh Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang menawarkan jaminan pembiayaan sehingga RM500,000, termasuk kemudahan pinjaman sehingga 120 peratus kepada golongan B40 dan M40, serta individu berpendapatan tidak tetap.

Bagi Murai, langkah kawalan harga dan skim sokongan ini dilihat sebagai usaha berterusan kerajaan memastikan pemilikan rumah kekal realistik, bukan sekadar angan-angan buat generasi muda.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content