Sebagai rakyat Malaysia, saya pun teringin nak makan khinzir tapi agama melarang – Kalam Salan

SHARE:

Sebagai rakyat Malaysia, saya pun teringin nak makan khinzir tapi agama melarang – Kalam Salan   Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan men...

Sebagai rakyat Malaysia, saya pun teringin nak makan khinzir tapi agama melarang – Kalam Salan

 
saya pun teringin nak makan khinzir
Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pendekatan alternatif dalam isu penternakan babi tempatan, termasuk mengimport daging babi dari luar negara berbanding meneruskan industri penternakan yang sering mencetuskan kontroversi.

Menurut wakil rakyat Bersatu itu, penternakan babi di Malaysia dilihat sukar mencapai penyelesaian muktamad kerana setiap cadangan lokasi baharu hampir pasti berdepan bantahan penduduk setempat.

“Tak payah bela, kita import saja. Import babi golek atau babi potong seperti ayam.
“Di Singapura, orang lebih ramai makan babi tetapi mereka tidak menternaknya dan keadaan itu lebih selamat,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

‘Saya pun teringin nak makan khinzir’

 

Kalam berkata, penentangan terhadap penternakan babi sebelum ini dapat dilihat dalam beberapa kes termasuk di Kuala Langat di Selangor, Bukit Pelanduk di Negeri Sembilan, Benut di Johor serta Kampung Baru Cina, sekali gus membuktikan isu penerimaan masyarakat masih berlarutan.

Jelasnya, situasi tersebut mencerminkan cabaran berterusan dalam mengurus industri berkenaan dan menuntut pendekatan baharu yang lebih pragmatik serta realistik.

Dalam pada itu, beliau menegaskan masalah bau yang sering menjadi punca bantahan sebenarnya bukan berpunca daripada haiwan tersebut, sebaliknya daripada kelemahan pengurusan ladang dan penyelenggaraan kandang.

“Saya ada kebun dan di kebun saya memang banyak babi hutan, 15 hingga 20 ekor sekali masuk.
“Babi itu sendiri tak busuk, memang tak busuk. Yang busuk ialah kandang dan cara penyelenggaraannya,” katanya.

Pada masa sama, Kalam mengingatkan larangan Islam terhadap pengambilan daging babi tidak wajar diterjemahkan kepada sikap menghina pilihan makanan penganut agama lain.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya pun teringin nak makan babi dan binatang lain. Kita hidup cuma sekali. Tapi agama saya melarang, sebab itu saya tak makan.
“Sama seperti biawak dan ular, saya teringin tetapi saya tak makan kerana larangan agama,” ujarnya.

Tambah beliau, perbezaan budaya dan selera makanan perlu ditangani dengan sikap saling menghormati, memandangkan terdapat pelbagai makanan lain yang turut mempunyai bau kuat namun tetap digemari masyarakat.

“Budu walaupun (didakwa) ‘busuk’, dia sedap sebab itu kita makan. Banyak lagi yang ‘busuk-busuk’ tapi sedap,” katanya.

Untuk rekod, pada 10 Januari lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan murka terhadap perancangan kerajaan negeri yang membenarkan operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat bermula tahun ini sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.

Sementara itu, Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengesyorkan supaya projek penternakan babi berpusat di Bukit Tagar yang mencetuskan kebimbangan penduduk setempat dibatalkan sementara atau dipindahkan ke lokasi lain yang lebih sesuai.

Susulan perkembangan itu, Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk menggantung sementara projek berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata keputusan tersebut dibuat sementara kerajaan negeri mencari lokasi baharu yang lebih sesuai, selain mengadakan perbincangan dengan pengusaha ternakan serta memberi penjelasan kepada semua pihak bagi meredakan salah faham yang timbul.

Sumber: Malaysiakini / Sumber : ohmymedia.cc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content