$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

SHARE:

  Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”   Pelakon, Sweet Qismina tampil...

 

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…” 

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga Mia Sara Nasuha yang masih hangat di media sosial.

Hantar DM Kepada Aqish Atas Dasar Seorang Kakak Kepada Adik

Jelas Sweet Qismina atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi tidak mempunyai kaitan terhadap isu terlibat dan menghantar DM kepada Puteri Balqis hanya atas dasar hubungan seorang kakak kepada adik yang telah lama terbina .

“Sejujurnya, saya tak mahu masuk campur urusan mereka sebab itu antara kedua-dua pihak (Puteri Balqis & Mia Sara). Jadi saya memang tiada kena mengena langsung.

Apa yang saya DM dekat Aqish itu atas dasar seorang kakak kepada adik, itu sahaja. Sebab dengan Aqish saya baik, dengan Mia pun saya baik. Kedua-duanya pernah bekerja sekali.”-jelas Sweet Qismina kepada MURAI MY

“Saya Sayang Mereka Berdua..”

Dalam pada itu, pelakon yang telah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025 ini turut menitipkan doa buat Mia dan Aqish agar dapat membesar dalam kehidupan yang penuh dengan pengalaman dan pengajaran dalam hidup.

“Apa masalah mereka berdua, itu saya tidak tahu. Tapi kalau ada salah, itu memang patut ditegur. Dan untuk saya sendiri, saya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua kerana saya rasa dalam industri ini semua orang ada hak atas apa yang mereka rasa.

Saya sayang mereka berdua. Saya tahu banyak dugaan yang mereka berdua lalui. Saya doakan kedua-dua adik saya ini membesar dengan banyak pengalaman dan juga pengajaran dalam hidup.”

Terkejut Nama Dipetik Ibu Aqish

Dalam pada itu, Sweet yang mengakui terkejut apabila dipuji ibu Aqish kerana memberikan kata-kata semangat kepada anak perempuannya itu, menjelaskan bahawa dia tidak mengharapkan sebarang balasan

“Sudah tentu rasa terkejut, memang saya tak expect apa-apa langsung. Saya tidak mengharapkan apa-apa. Tapi itu hak mereka, jika mereka mahu bercakap sebegitu, Alhamdulillah. Saya mendoakan yang terbaik untuk mereka.”-tambah Sweet lagi

Sama-sama kita doakan yang terbaik agar kemelut yang berlaku akan berakhir dengan baik-baik sahaja…

Sumber : murai.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content