Tidak perlu berasa bangga dan megah dengan pangkal Syed di depan nama – PU Syed

SHARE:

  Tidak perlu berasa bangga dan megah dengan pangkal Syed di depan nama – PU Syed Pendakwah bebas, PU Syed tampil membuat penjelasan setelah...

 

Tidak perlu berasa bangga dan megah dengan pangkal Syed di depan nama – PU Syed

Pendakwah bebas, PU Syed tampil membuat penjelasan setelah namanya turut terpalit dengan isu melibatkan seorang pendakwah selebriti yang dihukum akibat melakukan jenayah seksual.


Tiada kebanggaan pangkal nama Syed

PU SYED Tiada kebanggaan pangkal nama Syed

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Isha itu berkongsi semula mesej seorang individu yang meminta agar dirinya membantu membersihkan semula gelaran Syed yang sudah tercemar.

Sehubungan itu, dia menegaskan bahawa nama atau keturunan seseorang tidak memberikan sebarang kelebihan, sebaliknya setiap insan perlu menjaga akhlak dan beriman kepada Tuhan.

 


 “Kata hamba Allah tu saya kena bersihkan nama Syed.

“Keturunan ini tak perlu dibersihkan kerana ianya adalah anugerah Allah. Tiada kebangaan dan tiada rasa megah dengan pangkal Syed berada di depan nama.
“Yang perlu dibersihkan adalah orang-orang yang membawa nama Syed itu. Sudah pasti di sana akan ada manusia yang tergelincir dari landasan yang benar maka tugas kita semua, untuk menyelamatkan saudara kita tak kira apa keturunananya,” kata PU Syed, semalam.

Juara Pencetus Ummah musim ke 3 itu turut menegaskan bahawa isu yang sedang tular membabitkan pendakawah selebiriti terbbait perlu dijadikan iktibar terutama buat mereka yang diberi tanggungjawab membawa imej agama Islam.

“Apa yang berlaku kepada selebriti tu boleh menjadi ibrah buat semua pendakwah. Semua kita ada nafsu dan sudah pasti terdapat gerombolan syaitan yang akan selalu menghasut sehingga kita terbabas,” jelasnya,

Sehubungan itu, dia turut meminta orang untuk berhenti menyebarkan aib pendakwah tersebut kerana hukuman  setimpal juga telah diberikan.

“Dia didapati bersalah, dan sudah mula dikenakan hukuman atas perbuatannya itu. Kita tak boleh nak berterusan menyebut keaibannya. Dosa dengan Allah ni bila mana Muslim bertaubat kepadaNya, Allah akan terima.
“Kita pula yang tak habis-habis mencanang dosa? Yang pernah dilakukan oleh orang lain, apalah nasib kita nanti di akhirat sana. Apabila wujud dosa berkait sesama manusia ni, aib kita masih Allah jaga dan masih ada air muka buat kita.
“Namun bagi saudara kita itu Allah telah dedahkan dari awal lagi di dunia ini untuk dia kembali kepadaNya sebagai seorang hamba yang pernah melakukan dosa. Apa yang membezakan kita semua adalah taqwa kepada Allah,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Da’i Syed atas kesalahan merogol seorang wanita yang berlaku lima tahun lalu. Da’i Syed kekal menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan, seperti yang diputuskan Mahkamah Sesyen sebelum ini.


Sumber: Instagram pusyed_official

Sumber : ohmymedia.cc

 

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content