$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

TUTORIAL IBU BAPA - Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2027 KPM (idme.moe.gov.my)

SHARE:

  TUTORIAL IBU BAPA - Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2027 KPM (idme.moe.gov.my) TERKINI: PENDAFTARAN TAHUN 1 KALENDAR AKADEMIK SESI 2027 BOLEH DIB...

 

TUTORIAL IBU BAPA - Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2027 KPM (idme.moe.gov.my)

pendaftaran tahun 1 2027 kpm idme

 

Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada sesi 2027, anda boleh membuat pendaftaran dan semakan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online. Bagi tahun ini, pendaftaran adalah terbuka kepada anak-anak berumur 5 dan 6 tahun.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara pendaftaran dan semakan Tahun 1 Sesi 2026 / 2027 melalui permohonan online.

 

Pengumuman Terkini KPM Tentang Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2027

Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Tahun 2027 akan dilaksanakan secara dalam talian bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026 melalui Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS) di https://idme.moe.gov.my.

Pendaftaran adalah terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia kohort enam tahun (5+) dan tujuh tahun (6+). Ia selaras dengan keputusan Kerajaan untuk membuka peluang kepada kanak-kanak berusia enam tahun (5+) memasuki Tahun 1 bermula pada 2027 secara sukarela dan tanpa perlu menduduki ujian saringan.

Inisiatif untuk menggalakkan kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun (5+) ke Tahun 1 adalah langkah progresif Kerajaan MADANI untuk membantu perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak serta pada masa sama memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan.

 

Pendaftaran Murid Tahun 1

Berikut dikongsikan Soalan Lazim (FAQ) oleh KPM mengenai pendaftaran tahun 1 sesi 2027 kerana tahun ini yang dibuka kepada murid berumur 5 dan 6 tahun.

 

Tarikh Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2027 KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2027 boleh dilakukan bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026.

Proses pendaftaran murid tahun 1 boleh dilakukan secara atas talian melalui Sistem Bersepadu KPM (MOEIS), yang boleh diakses menerusi pautan berikut: https://idme.moe.gov.my.

Syarat Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2027

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak yang lahir pada:
    • 2 Januari – 31 Disember 2021 (Kohort 6 tahun)
    • 2 Januari 2020 – 1 Januari 2021 (Kohort 7 tahun)

Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2027

Pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2026/2027 adalah seperti berikut:

  1. Klik Pengguna Baru
  2. Tekan Daftar Pengguna 
  3. Klik Daftar
  4. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  5. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  6. Klik Permohonan Baharu
  7. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  8. Lengkapkan maklumat berikut:
    • Maklumat murid
    • Maklumat kesihatan
    • Maklumat penjaga
  9. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  10. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  11. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  12. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  13. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  14. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Rujuk manual bergambar di bawah:

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE

Manual Pengguna MOIES KPM

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE

Layari pautan rasmi idMe

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE

Paparan halaman log masuk idMe

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE

Isi maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran baru bagi pengguna kali pertama

pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM

Log masuk menggunakan kata laluan sementara idMe

pendaftaran tahun 1

Masukkan kata kunci

pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM

Paparan utama laman Sistem Pengurusan Identiti

pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM

Klik Modul Pengurusan Awam

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE

Paparan Modul Pengurusan Awam

pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM

Pilih menu Pengurusan Profil

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE

Isi maklumat peribadi dengan betul dan lengkap

pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM

Klik “Simpan”

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE

Isi maklumat pasangan dengan betul dan lengkap

pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM

Paparan maklumat anak jagaan

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE

Paparan maklumat anak jagaan

pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM

Paparan untuk mengemaskini maklumat setiap anak

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE

Klik “Simpan” setelah kemaskini

pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM

Klik “Tambah Anak Jagaan” untuk menambah bilangan anak

pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM

Paparan kotak dialog tambah anak

pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM

Proses permohonan daftar Tahun 1 sesi 2026

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE

Paparan permohonan tahun satu KPM

pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM

Klik “Mohon”

pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM

Klik “OK” jika memenuhi syarat

pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM

Masukkkan alamat

pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM

Muat naik dokumen yang diperlukan

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE

Tandakan kotak pengesahan “Saya mengaku…”

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE

Contoh borang permohonan yang perlu dicetak

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE

Borang sokongan yang perlu dicetak sekali

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE

Status permohonan dihantar

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE

Permohonan rayuan Tahun 1 sesi 2026

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE

Manual Pandual Pendaftaran Tahun 1 idMe KPM selesai

Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

MUAT TURUN PANDUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MOEIS IDME KPM: Manual Pengguna boleh dimuat turun dari tinyurl.com/manualdaftartahunsatu

 

 

Sila muat turun panduan penuh Manual Pengguna idMe di sini : Manual Pengguna

 

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan penempatan Tahun 1 di sekolah yang diinginkan, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.

Sila rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH seperti yang tertera di pautan berikut: https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0

Untuk maklumat lanjut, info terkini dan sebarang pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), sila kemukakan ke:

Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya

  • No. Tel : 03-88843501
  • No. Fax : 03-88895244
  • Email : supportidMe@moe.gov.my

 

Soalan FAQ – Pendaftaran Tahun 1 & Semakan Penempatan Sesi 2027

1. Siapakah yang layak mendaftar Tahun 1 bagi sesi 2027?

Kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir antara 2 Januari – 31 Disember 2021 (Kohort 6 tahun) dan 2 Januari 2020- 1 Januari 2021 (Kohort 7 tahun) layak didaftarkan untuk memasuki Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2027.

2.  Bila Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 Dibuka dan Ditutup?

Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2026 boleh dilakukan bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026

3. Di mana boleh saya membuat pendaftaran Tahun 1?

Pendaftaran dibuat secara dalam talian melalui sistem idMe KPMhttps://idme.moe.gov.my

4. Bagaimana cara untuk semak keputusan penempatan Tahun 1 sesi 2027?

Keputusan penempatan boleh disemak secara dalam talian melalui laman web idMe KPM melalui portal idMe. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.

5. Bolehkah saya membuat rayuan jika tidak berpuas hati dengan penempatan?

Ya, rayuan boleh dibuat secara online selepas keputusan penempatan diumumkan. Alasan rayuan perlu kukuh dan akan dinilai oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

6. Bila rayuan dibuka?

Rayuan penempatan Tahun 1 sesi 2027 dibuka dalam talian selepas penempatan diumumkan. Lazimnya pada tahun sebelumnya, tempoh rayuan bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos.

7. Apa perlu dibuat jika terlupa kata laluan idMe?

Klik “Lupa Kata Laluan” di laman log masuk idMe dan ikut arahan seterusnya. Jika masih gagal, hubungi bantuan teknikal idMe atau pergi ke sekolah pilihan untuk mendapatkan bantuan.


Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content