$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

SHARE:

  [VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen! Perkongsian Bi...

 

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila ‘diserbu’ sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran di ibu kota pada Khamis.

Kongsi Siti menerusi Instagram, dapat dilihat sekumpulan pelajar yang pada mulanya mengintai dari jauh sebelum meminta autograf bersama beliau.

“Awalnya intai-intai dari jauh. Ingatkan sekadar tengok Siti Nurhaliza makan. Sekali rupanya nak minta sign lahh 🤣🤣. Buku koyak pun takpe ye dik! 😝

Comel betul adik-adik ni. Belajar rajin-rajin ya, semoga berjaya dan membanggakan keluarga..”-kapsyen Siti Nurhaliza di Instagram

“Mesti Mak Budak-Budak Tu Makan Hati Anak Diorang Dapat Jumpa Biduanita Siap Kena Belanja Makan..”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat pelajar sekolah rendah yang teruja dapat bertemu dengan Siti Nurhaliza, malah ramai yang memuji sikap beliau yang turut belanja mereka makan tengah hari di restoran yang sama.

“Mesti mak budak-budak tu makan hati anak diorang dapat jumpa Biduanita siap kena belanja makan.”

“Nasib baik ada video ni, tidak mesti mak Amad tu tak percaya dia.”

“Seronoknya masing-masing. mesti balik flex kat mak masing-masing.”

“Nampak gayanya macam panjang lagi era Siti Nurhaliza ni. She dah berkempen untuk tarik gen alpha ni guys. Yeay kami masih ada Siti Nurhaliza untuk  50 tahun lagi. Thanks adik-adik.”

“Kiteorang student, mana ada duit. Aunty belanja, pergilah makan. Now korang dah faham kan kenapa selayaknya dia diberi gelaran BIDUANITA? Sebab hidupnya untuk memberi, dirinya disenangi segenap lapis masyarakat.”

Pasti ramai peminat rasa cemburu bukan apabila pelajar-pelajar sekolah ini berpeluang bertemu dengan Biduanita negara pakej dibelanjakan makan tengah hari?


Sumber : ohmymedia.cc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content