Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

SHARE:

  Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima? Foto - EduBestari Dipercayai ramai yang ternanti-nantikan pengu...

 

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

Dipercayai ramai yang ternanti-nantikan pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) oleh pihak kerajaan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Untuk pengetahuan, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan sebanyak RM250 dan RM500 kepada dua golongan yang layak menerimanya.

Nak tahu?


Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2026

Makluman untuk semua, BKKA ini merupakan bayaran khas secara one-off yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan hanya kepada penjawat awam dan pesara setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri.

BKKA ini merupakan insentif tambahan bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam serta pesara kerajaan, dan meringankan beban kewangan isi rumah.


Jumlah Bayaran BKKA 2026

Kadar bayaran tertakluk kepada tiga kategori seperti:

  1. Penjawat Awam Gred 15 dan ke bawah: RM500
  2. Pesara Kerajaan (berpencen): RM250
  3. Pesara Kerajaan (tidak berpencen/veteran): RM250

Penting untuk kamu tahu, bayaran ini turut merangkumi penjawat awam tetap dan kontrak, termasuklah lantikan MySTEP, pegawai sambilan harian serta lantikan kontrak perkhidmatan.


Tarikh Bayaran BKKA 2026 

Bagi penerima yang layak, BKKA untuk tahun 2026 akan mula dibayar pada awal bulan Mac 2026, iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Golongan Yang Layak Menerima

Kelayakan penerima BKKA 2026 adalah:

  • Penjawat awam Persekutuan Gred 15 dan ke bawah
  • Kakitangan kontrak kerajaan termasuk MySTEP
  • Pesara kerajaan berpencen
  • Pesara tidak berpencen dan veteran

Nota: Pegawai yang meninggal dunia pada 25 Februari 2025 juga layak diberi BKKA sebanyak RM500.

Untuk maklumat lanjut mengenai BKKA 2026, kamu boleh layari web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Pejabat Perdana Menteri Malaysia.


Sumber : murai.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content