$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Diskaun Tol 50% Sempena Tahun Baru Cina 2026 (14 & 15 Januari) ~ MALAYSIA MADANI

SHARE:

  Diskaun Tol 50% Sempena Tahun Baru Cina 2026 (14 & 15 Januari) DISKAUN TOL 50% SEMPENA TAHUN BARU CINA 2026 – Mulai  14 Februari, 12.0...

 

Diskaun Tol 50% Sempena Tahun Baru Cina 2026 (14 & 15 Januari)

DISKAUN TOL 50% SEMPENA TAHUN BARU CINA 2026 – Mulai 14 Februari, 12.01 tengah malam (Sabtu) hingga 15 Februari, 11.59 malam (Ahad). Ikuti laman sosial Kementerian Kerja Raya dan PLUS Malaysia untuk info lanjut.

Berita baik untuk rakyat Malaysia! Kementerian Kerja Raya telah mengumumkan DISKAUN TOL 50% untuk Kenderaan Kelas 1 sempena perayaan Tahun Baru Cina 2026!

Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan kesemua rakyat Malaysia khususnya mereka yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tempoh diskaun tol CNY ini untuk makluman bersama.


KENYATAAN MEDIA
50% DISKAUN BAYARAN TOL SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2026


PEMBERIAN DISKAUN TOL 50% SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2026

  • DISKAUN TOL 50% SEMPENA PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA 2026
  • Kerajaan MADANI bersetuju memberikan diskaun tol 50% untuk kenderaan Kelas 1 (persendirian) sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2026 sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam membantu meringankan kos perjalanan sempena musim perayaan tahun ini.
  • Diskaun ini berlaku selama dua hari seperti berikut:
    • 14 Februari 2026 (12.01 pagi) sehingga
    • 15 Februari 2026 (11.59 malam)
  • Manfaatkan kemudahan ini untuk perjalanan yang lebih selamat dan lancar bersama keluarga tersayang.


Cadangan Waktu Perjalanan

Anda dinasihatkan mematuhi cadangan waktu perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA).

Untuk pelanggan yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go, anda diingatkan untuk menyentuh kad Touch ‘n Go di lorong tol, namun tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada baki kad tersebut.

Sekiranya anda menggunakan RFID, pastikan masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID seperti biasa, namun tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada baki eWallet.

PLUS memperkenalkan pendekatan terbaharu secara digital melalui Program Rintis My-TTA yang menggunakan Aplikasi PLUS bagi membantu orang ramai merancang perjalanan sempena perayaan dalam masa terdekat.

Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dikeluarkan berdasarkan data trafik sebagai panduan serta membantu pengguna lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan yang lebih terurus dalam tempoh perayaan akan datang.


Panduan Menikmati Diskaun Tol 50% Sempena Tahun Baru Cina Di Lebuhraya PLUS

PLUS dalam sebuah kenyataan sebelum ini telah menjelaskan dengan lebih lanjut bagaimana pemberian tol percuma tersebut dilaksanakan di rangkaian lebuhrayanya :

  1. Di lebuhraya yang menggunakan sistem Tol Tertutup (lazimnya bagi lebuhraya antara bandar), diskaun tol ini boleh dinikmati ketika pengguna melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh yang ditetapkan.
  2. Bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik, pengguna yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go, mereka masih perlu menyentuh kad Touch ‘n Go mereka di lorong tol di plaza tol. Namun begitu, diskaun akan diberikan kepada kad Touch ‘n Go tersebut.
  3. Sementara itu, pengguna yang memilih untuk menggunakan RFID juga perlu memastikan mereka masuk dan keluar dari lebuhraya menggunakan lorong RFID sahaja. Sepertimana kad Touch ‘n Go dan SmartTAG, diskaun tol akan diberikan kepada eWallet mereka.
  4. Bagi pengguna kad Touch ‘n Go, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad Touch ‘n Go sebelum perjalanan mereka dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login .
    Ini adalah bagi mengelakkan mereka terkandas di lorong tol yang mengakibatkan kesesakan jika menggunakan kad Touch ‘n Go yang tidak aktif dan telah dinyahaktif.
    Mereka boleh membuat pertukaran kad baru dengan pihak Touch ‘n Go atau wakilnya yang sah.

Sumber: PLUS Malaysia

Pelanggan lebuhraya juga disaran supaya memuat turun Aplikasi PLUS untuk meninjau keadaan trafik terkini di lebuhraya menerusi paparan CCTV yang disediakan.

Rujuk cara membuat tinjauan CCTV PLUS secara online : Cara Check Status Trafik Di Highway Secara Live. Boleh Elak Kesesakan!

Selain itu, mereka juga digalakkan supaya menggunakan Waze atau GoogleMap untuk merancang perjalanan mereka sepanjang musim perayaan ini.

Maklumat trafik terkini juga boleh diperolehi menerusi Twitter PLUSTrafik.


Sumber : ecentral.my


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content