Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2026 ~ BERMINAT DAN MEMAHAMI ASAS AGAMA ISLAM, PUN DAH BOLEH JADI USTAZ / USTAZAH

SHARE:

  Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2026 Permohonan bagi menduduki Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia Siri 1 dan Siri 2 Tahun 2026 dibuk...

 

Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2026

sijil tahfiz malaysia

Permohonan bagi menduduki Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia Siri 1 dan Siri 2 Tahun 2026 dibuka menerusi https://mydq.islam.gov.my/.

 

Berikut dikongsikan mengenai Sijil Tahfiz Malaysia 2026 serta maklumat penting yang berkaitan.

Mengenai Darul Quran

Darul Quran adalah sebuah institusi Pengajian Tahfiz Al-Quran yang bernaung di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Penubuhan Darul Quran bermula pada tahun 1966 apabila Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melahirkan hasrat untuk mewujudkan sebuah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia.

Hasrat ini telah dinyatakan sewaktu perasmian Masjid Negara di mana idea ini timbul ekoran daripada Musabaqah Al-Quran yang diadakan semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar Sheikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara tersebut.

 

Fungsi Darul Quran

  1. Melaksana pendidikan tahfiz al-Quran
  2. Pusat rujukan pengajian tahfiz al-Quran dan Qiraat di Malaysia
  3. Melaksana latihan & kompetensi pensyarah bidang tahfiz al-Quran
  4. Melaksana kajian & penyelidikan bidang pengajian tahfiz al-Quran

 

Apakah Sijil Tahfiz Malaysia (STM)?

Sijil Tahfiz Malaysia merupakan sijil yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi memberi perakuan kepada penghafaz al-Quran di Malaysia.

STM ini adalah untuk para hafiz/hafizah yang SUDAH KHATAM hafazan daripada mana-mana institusi tahfiz dan ingin memiliki Sijil Tahfiz yang diiktiraf kerajaan.

JAKIM telah memperkenalkan STM pada tahun 2011.

Pemberian sijil ini adalah sebagai satu pengiktirafan Kerajaan malaysia kepada penghafaz al-Quran yang telah menghafaz 20 juzuk al-Quran.

Program ini terbuka kepada semua penghafaz al-Quran yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Pihak JAKIM akan menganugerahkan sijil ini kepada calon yang telah lulus semua kategori ujian penilaian yang telah ditetapkan.

 

Kelebihan Sijil Tahfiz Malaysia (STM)

  • Mendapat sokongan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) tajaan JAKIM bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dan ke atas.
  • Mendapat pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memohon jawatan Guru Tahfiz KPM.

 

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang berumur 17 tahun dan ke atas.
  2. Telah menghafaz al-Quran 30 juzuk.
  3. Mengemukakan sijil tamat hafazan atau surat pengesahan
  4. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM150.00 melalui kiriman wang.
  5. Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) melalui portal rasmi Darul Quran JAKIM.

 

Komponen Penilaian & Pemarkahan

Komponen Penilaian dan Pemarkahan adalah seperti berikut:

  1. Hifz Al-Quran Syafawi (30 juzuk) : 100%
  2. Hifz Al-Quran Tahriri (30 Juzuk) : 100%
  3. Pengetahuan Agama Islam :
    a. Aqidah: 25%
    b. Fiqh Ibadah: 25%
    c. Tajwid: 20%
    d. Ulum Al-Quran: 15%
    e. Ulum Al-Hadith: 15%

* Calon yang layak menduduki peperiksaan boleh mengakses Nota Pengetahuan Agama Islam sebulan sebelum tarikh peperiksaan.

 

Kaedah Penilaian

Calon perlu menjalani tiga kategori ujian penilaian iaitu:

  1. Ujian Hifz Al-Quran Syafawi;
  2. Ujian Hifz Al-Quran Tahriri; dan
  3. Ujian Pengetahuan Agama Islam.

* Tiga (3) sesi ujian ini dilaksanakan dalam tempoh satu hari dan calon yang ingin menduduki ujian perlu hadir pada tarikh yang telah dijadualkan.

  

Taraf Lulus

Calon perlu mendapat markah lulus bagi ketiga-tiga komponen penilaian dan sekiranya gagal salah satu komponen, dikira gagal keseluruhan.

Bagi Ujian Hifz Al-Quran Syafawi dan Tahriri, calon perlu mencapai markah 55% dan ke atas manakala bagi Ujian Pengetahuan Agama Islam, calon perlu mencapai markah 40% dan ke atas.

Keputusan akan diumumkan melalui Portal Rasmi Darul Quran JAKIM dan peratusan markah ujian mengikut pangkat adalah seperti berikut:

  • Rasib: 0-54%
  • Mumtaz: 90-100%
  • Jayyid Jiddan: 80-89%
  • Jayyid: 70-79%
  • Maqbul: 55-69%

 

Cara Memohon Sijl Tahfiz Malaysia (STM)

Permohonan kemasukan dibuat secara dalam talian (online) di laman sesawang https://mydq.islam.gov.my/.

Borang yang telah lengkap diisi secara dalam talian (online) hendaklah dicetak dan dihantar bersama “Kiriman Wang” sebanyak RM150.00 atas nama “PENGARAH DARUL QURAN” ke alamat berikut:

Pengarah
Darul Quran JAKIM
Jalan Hamzah, Ampang Pecah
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul Ehsan
(u:p: Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat)

Kemudian di hantar ke alamat berikut :

Jabatan Pengajian Sepang Hayat
Darul Quran JAKIM
Jalan Hamzah, Ampang Pecah
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul Ehsan

 

Tarikh Penting

Tarikh-tarikh penting adalah seperti berikut:

SILA TEKAN DI BAWAH INI BAGI MUAT TURUN DAN PAPARAN FAIL LEBIH BAIK

 

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut atau info terkini, sila layari portal rasmi Darul Quran di pautan berikut: https://www.darulquran.gov.my.

Sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan boleh terus berhubung melalui talian 03-60635457 (Urus Setia STM 2026).


Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content