REMBAYUNG – Cara Booking Slot Restoran Khairul Aming [Ramadhan] TEMPAHAN TUTORIAL GAIZ!~

SHARE:

  Rembayung – Cara Booking Slot Restoran Khairul Aming [Ramadan] Tempahan slot di restoran Rembayung Khairul Aming boleh dilakukan secara on...

 

Rembayung – Cara Booking Slot Restoran Khairul Aming [Ramadan]

Tempahan slot di restoran Rembayung Khairul Aming boleh dilakukan secara online dengan mudah melalui pautan ini: https://reservation.umai.io/en/widget/rembayung.

Rembayung, adalah restoran pertama Khairul Aming yang dibuka pada Januari 2026. Setelah berjaya menguasai pasaran digital dengan Sambal Nyet, kini usahawan terkenal ini melangkah ke dunia perniagaan fizikal (offline) dengan pelaburan mencecah RM4 Juta!

Restoran ini adalah satu restoran yang berkonsepkan makanan kampung Melayu yang terletak di Kampung Baru Kuala Lumpur, lebih kurang 9 minit dari KLCC. Memang boleh nampaklah KLCC dari restoran ni.

Sumber: Instagram Khairul Aming

Pengenalan

Sebelum melangkah ke dunia restoran dengan Rembayung, Khairul Aming, atau nama penuhnya Khairul Amin bin Kamarulzaman telahpun membina legasi kejayaan yang kukuh di Malaysia.

Beliau juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat.

Khairul Aming mula dikenali ramai sebagai pencipta kandungan digital (influencer) melalui video masakan ringkas dan tutorial makanan.

 

Siri terkenalnya, “30 Hari, 30 Resipi” yang disiarkan setiap Ramadan berjaya menarik jutaan tontonan dan pengikut di pelbagai platform media sosial.

Kejayaan digital ini diterjemahkan ke dalam perniagaan fizikal dengan pelancaran produk pertamanya, Sambal Nyet Berapi.

Produk ini mencipta fenomena jualan, sering kali habis dijual dalam masa beberapa minit sahaja dengan keuntungan mencecah jutaan ringgit setahun.

Restoran Rembayung adalah satu lagi projek terbaru Khairul Aming selepas 10 tahun dalam dunia maya.

rembayung
Sumber: Instagram Khairul Aming

Rembayung Telan Modal RM4 Juta

Pelaburan sebanyak RM4 Juta ini bukan sekadar membina restoran, tetapi merupakan pelaburan tunggal terbesar Khairul Aming dalam kerjayanya.

Rembayung bukan sahaja menjana pendapatan, malah menawarkan peluang pekerjaan kepada sekitar 50 anak tempatan, sekali gus menyumbang kepada ekonomi komuniti.

ADVERTISEMENT

KA menyatakan bahawa restoran ini adalah permulaan kepada perancangan 10 tahun akan datang. Ini menunjukkan fokus jangka panjang beliau untuk membina jenama makanan yang lebih besar dan berimpak.

Pendedahan projek ini selepas setahun dirahsiakan telah dianggap sebagai ‘masterclass’ dalam strategi perniagaan, membina jangkaan yang tinggi sebelum dilancarkan.

Waktu Operasi

Restoran Rembayung beroperasi setiap hari kecuali hari Jumaat. Restoran ini telahpun dibuka bermula pada 7 Januari 2026 dan menerima pelangga melalui slot tempahan sahaja. Tiada walk-in.

Lokasi Restoran Khairul Aming, Rembayung

Lokasi restoran ini adalah di Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira 9 minit dari KLCC.

Pemilihan kawasan ini sangat signifikan untuk memastikan Restoran Rembayung mengekalkan identiti akar Melayu dan autentik di tengah-tengah pembangunan ibu kota.

Restoran ini dibina di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi. Dengan kapasiti tempat duduk mencecah 250 pelanggan, Rembayung Kampung Baru dijangka menjadi hab gastronomi baharu di KL.

Alamat: Lot 2791, Jalan Daud, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.
Lokasi : Google Map

Kredit: Akmal Harris/ aireenfmn/ Mohd Zulhafidz Yahaya/ Aini Hassan

 

restoran khairul aming tempahan
Kredit: Akmal Harris/ aireenfmn/ Mohd Zulhafidz Yahaya/ Aini Hassan

 

Konsep Restoran Rembayung

Khairul Aming memilih konsep makanan kampung untuk restoran pertamanya ini. Konsep ini memastikan akar hidangan Melayu terpelihara.

Masakan yang dihidangkan dijangka merupakan sajian autentik dan asli yang mengingatkan kita pada air tangan ibu di kampung.

Konsep ini bukan sekadar tentang makanan, tetapi tentang identiti negara kita. Malaysia.

Dengan beroperasi di Kampung Baru, Rembayung berfungsi sebagai ‘jambatan’ yang membawa kemewahan bandar ke suasana kampung, dan pada masa yang sama mempertahankan keunikan budaya Melayu di Kuala Lumpur.

 

 
Kredit: Akmal Harris/ aireenfmn/ Mohd Zulhafidz Yahaya/ Aini Hassan

 

This image has an empty alt attribute; its file name is image-88.png
Kredit: Akmal Harris/ aireenfmn/ Mohd Zulhafidz Yahaya/ Aini Hassan

 


Menu di Rembayung

Restoran Rembayung milik pempengaruh Khairul Aming di Kampung Baru, Kuala Lumpur, menawarkan pelbagai hidangan masakan Melayu tradisional yang autentik dengan kualiti hidangan yang tinggi, seiring dengan reputasi Khairul Aming.

Berikut adalah antara menu utama dan harga yang telah dikongsikan oleh pelanggan sejak pembukaannya pada Januari 2026:

1. Pembuka Selera

  • Cekodok Pisang
  • Cucur Udang
  • Otak-Otak
  • Karipap

2. Hidangan Makanan

Lauk-Pauk Utama:

  • Masak Lemak Cili Api: Ayam Salai, Siput Sedut, Daging Salai.
  • Gulai Utara: Ikan Jenahak, Ikan Temenung, Ikan Masin.
  • Sambal Tumis Petai: Ikan Bawal, Sotong, Udang.
  • Masak Kicap: Ayam, Ikan Tenggiri, Telur Mata.
  • Sambal Berlada: Ikan Siakap, Ikan Keli, Ayam Kampung.
  • Sambal Hijau Petai: Ikan Siakap, Ikan Keli, Ayam Kampung.

Sayur & Hidangan Istimewa:

  • Kerabu Daging Salai
  • Sayur Masak Lemak Putih
  • Set Ikan Rebus Goreng Bersama Budu Picit
  • Kupang Masak Sambal Hijau Petai
  • Tempoyak Daun Kayu
  • Terung Masak Sambal Hijau Petai
  • Ikan Keli Goreng / Ayam Kampung Goreng / Ikan Pekasam Goreng
  • Telur Dadar
  • Set Ulam Bersama Sambal Belacan

Sampingan & Set Si Kecil:

  • Sampingan: Sambal (Tempoyak, Hijau Petai, Belacan), Ikan Masin Rangup, Telur (Rebus Goyang, Masin, Mata), Sup Kosong, Nasi Putih, Budu.
  • Set Si Kecil: Set Ayam Kicap Si Kecil, Set Sup Ayam Si Kecil.

Pemanis Mulut:

  • Tapai Pulut Aiskrim
  • Pengat Nangka Bersama Pulut
  • Cendol
  • Buah Campur Asam Boi

3. Hidangan Minuman

Siri Kopi Santan & Kelapa:

  • Kopi Santan
  • Kelapa Bayu
  • Kelapa Bunga Telang
  • Kelapa Rembayung

Minuman Istimewa (Mocktails):

  • Seri Bunga Raya
  • Senandung Senja
  • Kaseh Kasturi

Jus Buah Segar

  • Jus Epal, Jus Tembikai, Jus Oren.

Minuman Harian (Panas & Ais):

  • Teh Tarik Kampung
  • Kopi / Kopi O
  • Teh O / Teh O Limau
  • Coklat
  • Sirap Bandung (Biasa/Cincau/Laici)

Lain-lain: Limau Ais, Sirap Selasih Ais, Air Mineral (Botol), Air Kosong.

NOTA: Untuk melihat menu penuh, anda boleh lihat di media sosial rasmi atau laman web Rembayung.

 

Kredit gambar menu: zulashryzulkifli

rembayung tempahan booking restoran
Kredit: Threads @khairulaming
restoran khairul aming rembayung tempahan

Kredit: Akmal Harris/ aireenfmn/ Mohd Zulhafidz Yahaya/ Aini Hassan

 

rembayung tempahan booking restoran

 

Tempahan Restoran Rembayung

Sistem tempahan untuk restoran Rembayung akan dibuka setiap hari pada jam 9 malam, kecuali hari Jumaat. Langkah ini diperkenalkan bagi memastikan proses tempahan lebih adil, teratur dan selesa untuk semua pelanggan.

Waktu & Jenis Slot Tempahan [KHUSUS RAMADAN]

Setiap malam jam 9 malam, dua jenis slot tempahan akan dibuka:

  • Long-term booking: Untuk tarikh 2 minggu ke hadapan – DITUTUP SEPANJANG BULAN RAMADAN.
  • Short-term booking: Untuk tarikh 2 hari ke hadapan

Sekiranya semua slot pada malam tersebut telah penuh, slot seterusnya akan dibuka pada jam 9 malam keesokan harinya.

 

Kenapa Sistem Ini Digunakan?

Menurut KA, kaedah ini terpaksa dilaksanakan bagi:

  • Mengelakkan orang ramai kepenatan menunggu slot tanpa waktu yang tetap
  • Menghalang resellers daripada memborong slot sepanjang hari
  • Memberi peluang yang lebih adil kepada semua pelanggan
Isu “Sold Out” Dalam Waiting Room

Berkenaan persoalan kenapa status “sold out” tidak terus dipaparkan dalam waiting room:

  • Isu ini telah dimaklumkan kepada pihak developer
  • Developer memerlukan masa untuk menyelesaikannya
  • Restoran Rembayung baru beroperasi lebih seminggu
  • Sistem tempahan Umai sedang ditambah baik setiap hari

Buat masa sekarang, akaun @rembayungmy akan memaklumkan secara manual setiap malam sekiranya slot telah habis dijual.

Deposit Ditolak Tapi Tiada Email Pengesahan

Jika bayaran deposit telah ditolak tetapi tiada confirmation email diterima:

  • Sila DM butiran tempahan (nama, tarikh & masa) ke akaun @rembayungmy
  • Kebiasaannya berlaku kerana kesilapan ejaan email (typo) semasa membuat tempahan
  • Jangan risau, pasukan Rembayung akan bantu menyelesaikan isu tersebut
Isu Tambah Pax (Bilangan Pelanggan)

Untuk masa sekarang:

  • Tidak dibenarkan menambah pax
  • Semua meja telah disusun awal mengikut saiz tempahan
  • Ini bagi memastikan setiap pelanggan mendapat meja yang sesuai dan selesa
Kredit: Tiktok @rembayungmy

Cara Buat Tempahan untuk Restoran Rembayung

Berikut adalah cara untuk membuat tempahan secara dalam talian untuk makan di Restoran Rembayung:

  1. Klik pada pautan ini: https://reservation.umai.io/en/widget/rembayung
  2. Klik pada butang “Make a Reservation”.
  3. Anda perlu memilih tarikh dan masa slot yang dibuka mengikut sesi lunch atau dinner.
  4. Masukkan jumlah ahli keluarga / rakan yang akan datang. Minimum 2 orang dan maksimum 8 orang bagi setiap tempahan.
  5. Bayar deposit RM10 untuk tempahan yang dibuat.
  6. Tempahan anda telah berjaya direkodkan.
  7. Anda perlu tunjukkan bukti tempahan melalui emel yang diterima semasa tiba di pintu masuk nanti.
Rembayung rembayung tempahan booking restoran

Arahan Sebelum Buat Tempahan

Bagi memastikan pengalaman yang selesa untuk semua tetamu, kami memohon kerjasama anda untuk mengambil maklum perkara berikut:

  • Tempahan dibuka untuk minimum 2 orang dan maksimum 8 orang bagi setiap tempahan. Kanak-kanak dikira sebagai sebahagian daripada bilangan ini.
  • Deposit RM10 seorang diperlukan untuk mengesahkan tempahan. Deposit ini tidak boleh dipulangkan sekiranya tempahan dibatalkan, namun akan ditolak sepenuhnya daripada jumlah bil pada hari kunjungan.
  • Meja akan disimpan selama 15 minit daripada waktu tempahan. Sekiranya berlaku kelewatan melebihi tempoh ini, tempahan akan dibatalkan secara automatik dan deposit tidak dapat dikembalikan.
  • Setiap tempahan diperutukkan masa makan selama 1 jam 45 minit, bermula dari waktu tempahan asal, bagi memastikan kelancaran servis untuk semua tetamu.
  • Sekiranya anda hadir dengan kerusi roda atau kereta sorong bayi, sila maklumkan semasa membuat tempahan agar kami dapat menyusun tempat duduk yang bersesuaian.
  • Susunan tempat duduk akhir adalah tertakluk kepada ketersediaan dan pelan lantai pada hari kunjungan.
  • Semua pembayaran di Rembayung adalah secara tanpa tunai (cashless). Kami menerima pembayaran melalui kad debit, kad kredit, dan QR.

 

rembayung tempahan booking restoran

Info Menarik tentang Rembayung

Berikut merupakan beberapa info menarik dan perkara penting yang perlu anda tahu tentang Restoran Rembayung sebelum membuat tempahan

  1. Konsep by reservation sahaja – Tiada walk-in, semua pelanggan perlu buat tempahan awal.
  2. Lokasi strategik di Kampung Baru – Parking ada di sekitar kawasan, cuma kena rancang awal.
  3. Tempahan makanan secara borang fizikal – Menu dipilih dan direkodkan secara manual untuk kelancaran servis.
  4. Surau disediakan – Namun bersaiz kecil, sesuai untuk kegunaan asas.
  5. Mesra OKU – Akses restoran direka untuk memudahkan pelanggan berkeperluan khas.
  6. Mesra kanak-kanak – Sesuai untuk keluarga yang datang bersama anak-anak.
  7. Julat harga sederhana – Tidak terlalu mahal dan bukan kategori murah, sepadan dengan pengalaman yang ditawarkan.
  8. Mudah diakses dengan pengangkutan awam – Boleh sampai menggunakan monorel dan pengangkutan awam lain.
  9. Tiada private event buat masa ini – Fokus sepenuhnya kepada pengalaman pelanggan umum.
  10. Had masa dine-in 1 jam 50 minit – Bagi memastikan giliran pelanggan berjalan lancar.
  11. Semua staf warganegara Malaysia – Menyokong tenaga kerja tempatan sepenuhnya.
  12. Kapasiti maksimum 250 orang pada satu-satu masa – Demi keselesaan dan kawalan servis.
  13. Fasa awal pembukaan – Hanya 50% slot reservation dibuka terlebih dahulu untuk kawalan operasi.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat menu dan pembukaan, sila rujuk laman web rasmi : https://rembayung.com. Anda juga boleh mengikuti semua laman sosial Rembayung di pautan berikut:


Soalan Lazim – Rembayung
1. Apakah itu Restoran Rembayung?

Restoran Rembayung merupakan restoran pertama milik Khairul Aming (Khairul Amin bin Kamarulzaman) yang akan dibuka pada Januari 2026. Ia menampilkan konsep masakan kampung Melayu autentik dengan sentuhan moden dan menjadi langkah pertama beliau ke dunia perniagaan fizikal (offline) selepas lebih 10 tahun membina empayar digital.

2. Siapakah Khairul Aming?

Khairul Aming ialah pencipta kandungan digital terkenal yang mula dikenali melalui video masakan ringkas dan tutorial makanan. Siri ikonik beliau, “30 Hari, 30 Resipi”, setiap Ramadan berjaya mencatat jutaan tontonan.

Beliau juga merupakan graduan Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat, serta pengasas produk tular Sambal Nyet Berapi yang mencipta fenomena jualan jutaan ringgit setahun.

3. Di manakah lokasi Restoran Rembayung?

📍 Alamat:
Lot 2791, Jalan Daud, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Lokasinya kira-kira 9 minit dari KLCC dan mudah diakses menggunakan monorel serta pengangkutan awam lain.

5. Mengapa Kampung Baru dipilih sebagai lokasi?

Pemilihan Kampung Baru sangat signifikan kerana ia mengekalkan akar identiti Melayu di tengah pembangunan bandar Kuala Lumpur. Rembayung berfungsi sebagai “jambatan” antara kemodenan bandar dan warisan kampung Melayu.

6. Apakah konsep restoran ini?

Rembayung mengangkat konsep makanan kampung Melayu asli, menekankan rasa autentik yang mengingatkan kepada air tangan ibu di kampung. Ia bukan sekadar restoran, tetapi lambang identiti dan budaya.

7. Adakah Rembayung menerima walk-in?

Tidak. Restoran Rembayung menggunakan konsep by reservation sahaja. Semua pelanggan perlu membuat tempahan terlebih dahulu secara dalam talian.

8. Bagaimana cara membuat tempahan di Rembayung?

Tempahan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:
👉 https://reservation.umai.io/en/widget/rembayung

Langkah tempahan:
1. Klik pautan dan tekan “Make a Reservation”
2. Pilih tarikh dan slot masa (lunch / dinner)
3. Masukkan bilangan tetamu (minimum 2, maksimum 8 orang)
4. Bayar deposit RM10 seorang
5. Tempahan berjaya dan pengesahan akan dihantar melalui emel
6. Tunjukkan emel tempahan semasa tiba di restoran

9. Apakah syarat penting sebelum membuat tempahan?

Minimum 2 orang, maksimum 8 orang (kanak-kanak dikira)
Deposit RM10 seorang (tidak boleh dipulangkan jika batal, tetapi ditolak dari bil)
Meja disimpan selama 15 minit sahaja
Had masa makan 1 jam 45–50 minit setiap tempahan
Semua bayaran adalah cashless (kad & QR sahaja)

10. Berapakah kapasiti Restoran Rembayung?

Kapasiti maksimum: 250 orang pada satu-satu masa
Fasa awal pembukaan: Hanya 50% slot reservation dibuka terlebih dahulu bagi memastikan operasi berjalan lancar

11. Adakah Rembayung mesra keluarga dan OKU?

Ya.
✔ Mesra OKU
✔ Mesra kanak-kanak
✔ Menu khas kanak-kanak disediakan seperti Set Ayam Kicap Si Kecil dan Set Sup Ayam Si Kecil lengkap dengan sayur & buah segar

12. Adakah Rembayung menerima private event?

Tidak buat masa ini. Restoran memberi fokus sepenuhnya kepada pelanggan umum.


Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content