$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Smart Lane – Senarai Lokasi Diaktifkan Sempena Tahun Baru Cina (CNY 2026)

SHARE:

Smart Lane – Senarai Lokasi Diaktifkan Sempena Tahun Baru Cina (CNY 2026) Senarai Lokasi & Pengaktifan Smart Lane Sempena Tahun Baru Cin...

Smart Lane – Senarai Lokasi Diaktifkan Sempena Tahun Baru Cina (CNY 2026)

LOKASI SMART LANE CNY 2026

Senarai Lokasi & Pengaktifan Smart Lane Sempena Tahun Baru Cina (CNY 2026) diumumkan secara rasmi di Facebook PLUS Malaysia atau portal rasmi PLUS Malaysia di https://www.plus.com.my/

Untuk sambutan Tahun Baru Cina (CNY) 2026, PLUS Malaysia Berhad telah mengumumkan pengaktifan 32 lokasi Smart Lane di seluruh negara termasuk 19 di wilayah tengah, 5 di wilayah utara, dan sisanya di wilayah selatan.

Jumlah ini meningkat berbanding tahun-tahun sebelum ini bagi menampung jangkaan 2.2 juta kenderaan sehari sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina, permulaan puasa dan cuti sekolah yang bakal tiba.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Smart Lane, Senarai Lokasi & Pengaktifan Tahun Baru Cina (CNY 2026) di bawah.


Apa itu SMART Lane?

SMART LANE  adalah pengaktifan Lorong paling kiri di Lebuhraya PLUS di beberapa laluan kritikal di lebuh raya bertujuan menambah kapasiti lorong di lebuh raya terutama di laluan-laluan terbabit dan dilaksanakan bagi menyuraikan aliran trafik untuk mengurangkan kesesakan.

Ia diperkenalkan pertama kali pada 2019 di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan kini diperluaskan ke lokasi lain sepanjang lebuh raya PLUS. 

Sistem ini bukan sekadar membuka lorong kecemasan secara rawak. Ia melibatkan perancangan teliti dan pemantauan berterusan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya. SMART Lane diaktifkan di lokasi-lokasi strategik yang telah dikenal pasti sebagai kawasan yang sering mengalami kesesakan kritikal.

Sehingga tahun ini, PLUS Malaysia Berhad telah mengembangkan penggunaan SMART Lane ke lebih banyak lokasi, menunjukkan keberkesanan sistem ini. 

Menurut kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), lebih 70% pengguna jalan raya yang telah menggunakan lorong SMART bersetuju bahawa sistem ini berkesan dalam mengurangkan kesesakan.

Walau bagaimanapun, penggunaan lorong ini memerlukan kerjasama dan kesedaran daripada semua pengguna jalan raya. 

Terdapat beberapa insiden di mana pemandu yang tidak tahu tentang sistem ini telah menegur atau mengganggu kenderaan yang menggunakan lorong SMART.

Jom tengok infografik di bawah:

@plusmalaysiaberhad

Ha! Korang tahu tak apa itu SMART LANE?๐Ÿค” Pernah guna tak? ๐Ÿคจ Jom layan video ni untuk tahu apa itu SMART LANE dan tips penggunaan SMART LANE ๐Ÿ˜ Kalau dah tahu, pastikan anda amalkan pemanduan berhemah seperti berikut:- ๐Ÿš— Patuhi lorong secara konsisten dan elakkan kerap menukar lorong. ๐Ÿš— Patuhi had laju dan memberi kerjasama demi menjamin keselamatan kenderaan-kenderaan lain. ๐Ÿš— Rancang penukaran lorong dengan berhati-hati apabila menghampiri penghujung laluan ‘SMART LANE’. #PLUS_Safety #PLUS_Comfort #SMARTLANE #TBC2024

♬ original sound – PLUS2u – PLUS2u

Pihak PLUS sehingga kini masih aktif berkongsi mengenai lorong ini untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang sistem ini.

Penambahbaikan 

Antara penambahbaikan yang dilaksanakan di laluan Smart Lane adalah papan tanda elektronik mudah alih (MPVMS) diletakkan di permulaan laluan SMART Lane.

Papan tanda mula akan dilengkapi dengan kerlipan lampu hijau (Green Flashing Light) sebagai indikasi laluan Smart Lane diaktifkan dan boleh digunakan di lokasi-lokasi yang tertentu.

Selain itu, PLUS juga menambah papan tanda peringatan dalam selang jarak 500 meter sehingga tamat laluan di lokasi Smart Lane yang telah dikenal pasti.

@plusmalaysiaberhad

Smartlane for smart driver ๐Ÿ˜ Apa-apa pun berhati-hati di lebuh raya dan patuhi papan tanda keselamatan.. ☺️ Dapatkan info pengaktifan smartlane di Twitter plustrafik ๐Ÿ˜ #plus #smartlane #plusmalaysia #newyear

♬ Cradles – Sub Urban

Waktu Pengaktifan Smart Lane Sempenya

Sempena Tahun baru Cina 2026 yang bakal menjelma, PLUS Malaysia Berhad akan mengaktifkan 32 lokasi Smart Lane di sepanjang Lebuhraya PLUS sebagai salah satu inisiatif untuk menyuraikan trafik dan menambah kapasiti lorong di lebuh raya.

Selain itu, PLUS juga menambah 26 unit tandas kabin di hentian sebelah dan plaza tol terpilih selain pengaktifan Smart Lane di 32 lokasi tumpuan trafik bagi melancarkan pergerakan semasa musim perayaan ini.

Bukan itu sahaja, kira-kira 6,000 petugas lebuh raya turut disediakan bagi memastikan perjalanan pengguna lebih selamat, lancar dan selesa sepanjang musim perayaan.

Pengguna dinasihatkan agar sentiasa amalkan pemanduan berhemah ketika menggunakan lorong SMART untuk memastikan perjalanan yang selamat dan lancar.

  • Hari puncak keluar dari Lembah Klang: 12, 13, dan 14 Februari 2026.
  • Hari puncak balik ke ibu kota: 20, 21, dan 22 Februari 2026.

Rujuk Kenyataan Media di bawah:

 

Muat turun aplikasi MyPLUS-TTA untuk mengetahui lokasi, tarikh dan masa pengaktifan Smart Lane di Lebuhraya PLUS sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina ini.

NOTA: Jumlah lokasi lorong yang diaktifkan boleh berubah bergantung kepada keadaan trafik dan keperluan semasa. PLUS sentiasa menilai dan menyesuaikan penggunaan untuk memastikan kelancaran trafik di lebuhraya.

Lokasi SMART Lane Yang Diaktifkan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025

Berikut ialah senarai lokasi SMART lane yang diaktifkan sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025:

Wilayah Utara

BilLokasiJarak Smart Lane
1Bertam ke Sungai Dua (KM120.6 hingga KM128.0 Arah Selatan)7.4KM
2Bukit Tambun hingga Plaza Tol Juru (KM150.4 hingga KM146.4 Arah Utara)4.0KM
3Hentian Sebelah Sg. Bakap hingga Jawi (KM159.3 hingga 162.7 Arah Selatan)3.4KM
4Changkat Jering hingga Hentian Sebelah Taiping (Utara) (KM303.2 hingga KM297.0 Arah Utara)6.2KM
5Ipoh Selatan hingga Simpang Pulai (Arah Selatan) (KM279.8 hingga KM286.7)6.9KM

Wilayah Tengah

 

BilLokasiJarak Smart Lane
1Gua Tempurung hingga Gopeng (KM303.2 – KM297.0 Arah Utara)6.2 KM
2Gopeng hingga Tapah (KM308.0 – KM312.0 Arah Selatan)4.0 KM
3Slim River hingga Sungai (KM367.3 – KM354.0 Arah Utara)13.3 KM
4Sungai Hingga Slim River (KM354.0 – KM356.0 Arah Selatan)2.0 KM
5Kawasan Rehat & R&R Rawang hingga Sg. Buaya (KM439.5 – KM435.5 Arah Utara)4.0 KM
6Hentian Sebelah Rawang hingga Rawang (KM437.1 – KM443.3 Arah Selatan)6.2 KM
7Bukit Beruntung hingga Sg. Buaya (KM429.0 – KM434.0 SB)5.0 KM
8Setia Alam hingga Shah Alam (KM4.3 – KM8.1 Arah Utara)3.8 KM
9Shah Alam hingga Setia Alam (KM8.4 – KM7.0 Arah Selatan)1.4 KM
10Susur Keluar Petron NKVE hingga Subang (KM11.2 – KM13.3 Arah Utara)2.1 KM
11Nilai hingga Kawasan Rehat & R&R Seremban (KM280.0 – KM276.0 Arah Selatan)4.0 KM
12Putra Mahkota hingga Southville (KM289.4 – KM292.6 Arah Utara)3.2 KM
13Southville hingga Putra Mahkota (KM289.5 – KM293.5 Arah Selatan)4.0 KM
14Restoran Jejantas USJ hingga Seafield (KM8.2 – KM15.4 Arah Utara)7.2 KM
15Bandar Saujana Putra hingga Putra Heights (KM16.3 – KM13.2 Arah Utara)3.1 KM
16Putra Heights hingga Bandar Saujana Putra (KM13.8 – KM15.7 Arah Selatan)1.9 KM
17Lingkaran Putrajaya (KM3.0 – KM4.0 Arah Timur)1.0 KM
18ELITE (Shah Alam) (KM4.6 – KM7.0 Arah Utara)2.4 KM
19Kawasan Rehat & R&R Dengkil hingga Putrajaya (KM22.9 – KM21.0 Arah Utara)1.9 KM

 


Wilayah Selatan

BilLokasiJarak Smart Lane
1Port Dickson hingga Seremban (KM259.6 – KM263.1 Arah Utara)3.5 KM
2Ayer Keroh hingga Hentian Sebelah Kg. Bemban (KM194.5 – KM184.0 Arah Selatan)10.5 KM
3Senai hingga Kulai (KM19.0 – KM27.0 Arah Utara)8.0 KM
4Dato’ Onn hingga Pasir Gudang (KM4.5 – KM1.9 Arah Selatan)2.6 KM
5Pandan hingga Kempas (KM0.4 – KM6.0 Arah Utara)5.6 KM
6Pedas Linggi hingga Senawang (KM244.0 – KM248.5 Arah Utara)4.5 KM
7Tangkak hingga Jasin (KM174.0 – KM180.2 Arah Utara)6.2 KM
8Simpang Ampat hingga Pedas Linggi (KM230.0 – KM235.0 Arah Utara)5.0 KM

 

Cara Guna SMART Lane

Penggunaan lorong SMART memerlukan pematuhan pada beberapa garis panduan asas, iaitu:

1. Perhatikan papan tanda

SMART Lane ditandakan dengan papan tanda berwarna kuning yang besar. Anda akan melihat papan tanda “SMART Lane Mula” di permulaan dan “SMART Lane Tamat” di penghujungnya. Sepanjang laluan, papan tanda peringatan diletakkan setiap 500 meter. 

2. Tunggu isyarat pengaktifan

PLUS telah menambah lampu hijau berkelip setiap 1 kilometer untuk menandakan bahawa SMART Lane telah diaktifkan. 

3. Masuk dengan berhati-hati

Sebelum memasuki SMART Lane, beri isyarat awal dan tukar lorong dengan berhati-hati. 

4. Pandu dengan selamat

Setelah berada di lorong ini, pandulah pada kelajuan yang sesuai (60km/h) dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Pastikan jarak yang selamat dengan kenderaan di hadapan. 

5. Berwaspada dengan kenderaan lebar

Memandangkan lorong ini menggunakan lorong kecemasan sedia ada, ia mungkin agak sempit. Berhati-hati dengan kenderaan besar di lorong bersebelahan. 

6. Keluar di penghujung

Apabila anda melihat papan tanda “SMART Lane Tamat”, bersedia untuk keluar dari lorong tersebut. Beri isyarat awal untuk tukar ke lorong perlahan. 

NOTA: 

  • Gunakan hanya semasa kesesakan: Lorong SMART ini bertujuan untuk digunakan semasa kesesakan trafik. Jika jalan raya tidak sesak, adalah lebih baik untuk menggunakan lorong biasa. 
  • Ingatlah bahawa penggunaan lorong ini hanya dibenarkan di lokasi dan waktu operasi yang telah diumumkan oleh PLUS

Rujuk video berikut untuk info lebih terperinci mengenai cara menggunakan SMARTLane:

Maklumat Lanjut

Bagi pengguna yang ingin maklumat lanjut atau rujukan masa nyata, sila muat turun aplikasi PLUS atau layari laman rasmi PLUS di pautan berikut: https://www.plus.com.my/ 

Jangan lupa ikuti media sosial rasmi PLUS untuk dapatkan info terkini dengan lebih mudah:

Dengan pemahaman dan kerjasama semua pihak, SMARTLane mampu memberikan pengalaman perjalanan yang lebih baik kepada semua. Akhir kata, pandulah dengan bijak dan sila patuhi peraturan jalan raya. 


Sumber : ecentral.my 

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content