$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Drama Dendam Seorang Mentua (Astro Prima)

SHARE:

Nantikan drama ‘Dendam Seorang Mentua' akan disiarkan di Astro Prima mulai 4 Mei 2026, Isnin hingga Jumaat jam 6 petang, dan boleh diton...


Nantikan drama ‘Dendam Seorang Mentua' akan disiarkan di Astro Prima mulai 4 Mei 2026, Isnin hingga Jumaat jam 6 petang, dan boleh ditonton secara On Demand di Astro GO dan Sooka. Drama bersiri 50 episod terbitan MIG Production dan diarahkan oleh Feroz Kader. Menampilkan pelakon seperti Tracie Sinidol, Chacha Maembong, Datuk Aaron Aziz, dan Datuk Yusry Abdul Halim, serta kemunculan semula Intan Ladyana.

Dendam Seorang Mentua
Episod: 50
Tarikh Tayangan: 4 Mei 2026
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 6 petang
Saluran: Astro Prima
Platform Penstriman: Astro GO, sooka
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: MIG Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Tracie Sinidol sebagai Sofia
Hariz Hamdan sebagai Hariz
Yusry Abdul Halim sebagai Datuk Muzaffar
Aaron Aziz sebagai Karl
Intan Ladyana sebagai Yasmin
Chacha Maembong sebagai Harlina
Meor Mohd sebagai Falcon
Ziema Din sebagai Nora
Taeha Aamka sebagai Tiara
Aiman Ameer sebagai Issa

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Jejak Yang Tertinggal
Penyanyi: HoonDoo

Sinopsis Dendam Seorang Mentua
Kehidupan Sofia musnah apabila dia dipenjarakan atas jenayah yang tidak dilakukannya, satu pengkhianatan yang dirancang oleh sahabat baiknya sendiri, Harlina, demi melindungi Hariz, lelaki yang dia cintai.

Selepas dibebaskan, Sofia kembali menuntut keadilan, namun kecewa apabila mendapati Hariz telah berkahwin dengan Harlina iaitu dalang di sebalik kejatuhannya. Dengan keluarganya yang terjejas teruk dan masa depan yang dirampas, Sofia kini hanya berpegang pada satu tekad, membalas dendam.

Dalam usaha membina semula hidupnya, Sofia dipertemukan dengan Datuk Muzaffar, seorang ahli perniagaan berpengaruh dan juga bapa kepada Hariz. Dengan agenda tersendiri dan perancangan yang penuh strategi, Sofia bersetuju untuk mengahwininya. Apa yang bermula sebagai langkah balas dendam bertukar menjadi permainan kuasa yang penuh manipulasi dalam sebuah keluarga elit.

Kini, Hariz dan Harlina terpaksa berdepan dengan akibat perbuatan mereka apabila Sofia bukan lagi mangsa, tetapi menjadi ancaman terbesar dalam hidup mereka sebagai mentua baharu mereka.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content