$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Dividen KWSP 2026 – Pengumuman Dividen 2025 & Semakan

SHARE:

  Dividen KWSP 2026 – Pengumuman Dividen 2025 & Semakan TERKINI: KWSP mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15% bagi Simpanan Konvensiona...

 

Dividen KWSP 2026 – Pengumuman Dividen 2025 & Semakan


TERKINI: KWSP mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15% bagi Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan sebanyak RM67.1 bilion dan 6.15% bagi Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan sebanyak RM12.5 bilion. Ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2025 sebanyak RM79.6 bilion.

Semak penyata dividen anda melalui i-Akaun (laman web atau aplikasi) bermula 28 Februari 2026.

Untuk maklumat lanjut mengenai Prestasi Pelaburan dan Dividen KWSP 2025, sila layari laman web rasmi KWSP.


KWSP has announced a dividend rate of 6.15% for Simpanan Konvensional, with a total distribution of RM67.1 billion, and 6.15% for Simpanan Shariah, with a total distribution of RM12.5 billion. This brings the total distribution for 2025 to RM79.6 billion.

Dividend statements can be accessed via i-Akaun (website or app) starting 28 February 2026.

For further details on EPF’s Investment Performance and 2025 Dividends, please visit the official EPF website.

Semakan dividen kwsp 2025 2025Semakan dividen kwsp 2025 2025Semakan dividen kwsp 2025 2025

Semak pengumuman melalui media massa dan saluran media sosial serta laman web rasmi KWSP kelak. Layari portal rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my/ms/ atau media sosial Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk maklumat lanjut.


Berikut dikongsikan pengumuman rasmi dividen KWSP 2026 bagi tahun kewangan 2025.

Apakah Dividen KWSP?

Dividen KWSP, atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF), merujuk kepada keuntungan tahunan yang diisytiharkan dan dibahagikan kepada ahli berdasarkan prestasi pelaburan dana simpanan mereka.

Ia dikira sebagai peratusan atas baki simpanan sepanjang tahun kewangan (1 Januari hingga 31 Disember), dengan jaminan minimum 2.5% untuk simpanan konvensional mengikut Akta KWSP 1991 (Seksyen 27).

Manakala simpanan syariah bergantung sepenuhnya kepada pulangan pelaburan patuh syariah tanpa jaminan minimum.

dividen kwsp 2026


Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2026

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan kadar dividen 2025 pada 28 Februari 2026 (Sabtu) menerusi satu taklimat khas kepada media.

Untuk rekod, dividen KWSP 2024 adalah sebanyak 6.30% bagi Simpanan Konvensional dan 6.30% bagi Simpanan Shariah.

Untuk buat anggaran atau kira berapa jumlah dividen KWSP anda, anda boleh menggunakan portal Dividen.my


Kadar Dividen KWSP

KWSP mengumumkan kadar dividen masing-masing 6.15 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah 2025.

Semakan penyata tahun 2025 boleh dibuat mulai 28 Februari 2026 melalui i-Akaun.

 


Cara Semak Dividen KWSP

Semakan dividen KWSP boleh dilakukan sebaik sahaja ia diumumkan. Ahli boleh menyemak penyata terkini KWSP pada 28 Februari 2026.

Berikut adalah cara-cara utama untuk anda membuat semakan secara digital atau fizikal:

1. Melalui Aplikasi KWSP i-Akaun

  1. Log Masuk: Buka aplikasi dan masukkan ID serta kata laluan anda.
  2. Paparan Utama: Jumlah dividen biasanya akan terus dipaparkan di bahagian “Ringkasan Akaun” atau sebagai transaksi terbaru.
  3. Lihat Penyata: Klik pada tab “Simpanan”, kemudian pilih “Lihat Butiran”. Anda boleh memuat turun penyata tahunan untuk melihat pecahan dividen bagi Akaun Persaraan, Sejahtera, dan Fleksibel.

*Bagi anda yang belum mempunyai i-Akaun, pastikan anda daftar terlebih dahulu. Sila rujuk: Cara Daftar i-Akaun KWSP

 

Sekiranya anda belum muat turun aplikasi i-Akaun, anda boleh muat turun melalui pautan berikut:

dividen kwsp 2026

2. Melalui Portal Web i-Akaun

  1. Layari https://iakaun.kwsp.gov.my/
  2. Masukkan ID, klik Log Masuk Sekarang.
  3. Sahkan frasa keselamatan, klik Ya Itu Saya jika betul.
  4. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  5. Pilih menu “Simpanan” > “Penyata Tahunan”.
  6. Pilih tahun kewangan (contoh: 2025) dan klik “Cari”. Dividen akan disenaraikan sebagai “Dividen Tahunan”.

dividen kwsp 2026

3. Melalui Kiosk KWSP

  1. Kunjungi mana-mana cawangan KWSP atau lokasi yang mempunyai Kiosk KWSP (seperti di sesetengah bank atau pusat beli-belah).
  2. Masukkan MyKad dan sahkan identiti menggunakan cap jari.
  3. Pilih untuk mencetak Penyata Ringkas atau Penyata Tahunan untuk melihat jumlah 


Sejarah Kadar Dividen KWSP Tahun Sebelumnya

Berikut adalah Kadar Dividen KWSP bagi Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional pada tahun-tahun sebelum ini:

ADVERTISEM

Sumber: Berita RTM
TahunPeratus (Simpanan Shariah)Peratus (Simpanan Konvensional)
20246.306.30
20235.405.50
20224.755.35
20215.656.10
20204.905.20
20195.005.45
20185.906.15
20176.406.90
20165.70
20156.40
20146.75
20136.35
20126.15
20116.00
20105.80
20095.65
20084.50
20075.80
20065.15
20055.00
20044.75
20034.50
20024.25
20015.00
20006.00
19996.84
1997 – 19986.70
19967.70
19957.50
1988 – 19948.00
1983 – 19878.50
1980 – 19828.00
19797.25
1976 – 19787.00
1974 – 19756.60
1972 – 19735.85
19715.80
1968 – 19705.75
1965 – 19675.50
19645.25
19635.00
1960 – 19624.00
1952 – 19592.50
Sumber dari laman web rasmi KWSP


Penyucian Dividen

Jom lihat bagaimana pelaksanaan Simpanan Shariah KWSP bermula berserta contoh penyucian dividen yang perlu dilakukan oleh ahli yang beragama Islam. Semoga bermanfaat!

Sumber: FB Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Penasihat Shariah Kewangan Islam

Bertukarlah ke Simpanan Shariah untuk simpanan persaraan yang suci & patuh syariah.


 

Rujuk cara membuat pertukaran ke Akaun Shariah KWSP melalui artikel ini : Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Shariah Secara Online


Soalan Lazim Dividen KWSP 2026

Bilakah dividen KWSP bagi tahun 2025 akan diumumkan?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan kadar dividen 2025 pada 28 Februari 2026 menerusi satu taklimat khas kepada media.

Berapakah jangkaan kadar dividen untuk tahun 2025?

Pakar ekonomi menjangkakan kadar dividen berada dalam julat 6.0% hingga 6.5%. Ini berdasarkan prestasi pelaburan KWSP yang mencatatkan pendapatan RM63.99 bilion bagi tempoh 9 bulan pertama 2025 (naik 11% berbanding tempoh sama tahun 2024).

Adakah dividen dikira berdasarkan baki simpanan terendah atau harian?

Dividen KWSP dikira menggunakan kaedah purata baki harian. Ini bermakna setiap ringgit yang ada dalam akaun anda setiap hari akan diambil kira. Semakin awal anda mencarum (seperti melalui caruman sukarela di awal tahun), semakin tinggi dividen yang akan dijana oleh wang tersebut melalui kesan kompaun.

Mengapa dividen Konvensional dan Shariah berbeza?

Dividen Konvensional melabur dalam portfolio yang lebih luas termasuk sektor perbankan konvensional global, manakala Shariah hanya melabur dalam aset patuh syariah sepenuhnya. Sejak 2024, jurang perbezaan kadar antara kedua-duanya semakin mengecil, malah mencatatkan kadar yang sama (6.30%).

Bagaimana cara semak dividen KWSP selepas diumumkan?

Log masuk ke i-Akaun KWSP (web atau app), pilih tab Savings atau Dividend, dan klik View Details untuk lihat jumlah dividen Akaun 1, 2 dan 3.

Bilakah dividen dikredit ke akaun?

Dividen dikreditkan automatik selepas pengumuman rasmi dan boleh disemak serta-merta melalui i-Akaun pada 28 Februari 2026.

Adakah dividen KWSP dikenakan cukai?

Tidak, dividen KWSP adalah bebas cukai pendapatan untuk ahli.

Apakah inisiatif baru KWSP untuk tahun 2026?

Mulai 1 Januari 2026, beberapa perubahan penting telah berkuat kuasa:
– Akaun Fleksibel: Ahli kini mempunyai fleksibiliti akses dana untuk keperluan jangka pendek.
– i-Saraan Plus: Insentif kerajaan untuk pekerja gig dinaikkan sehingga RM600 setahun.
– Had Pengeluaran Haji: Dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM10,000 bagi ahli yang layak.

Bagaimana kira dividen KWSP?

Contoh Kiraan Dividen KWSP:

Baki dalam Akaun KWSP pada Januari: RM10,000
Caruman RM500 setiap bulan
Kadar dividen tahunan: 5.5% (0.055)

Bulan Baki Bulanan (RM) —- Dividen Bulanan (RM)
Jan 10,000 (10,000 × 5.5%) ÷ 12 = 45.83
Feb 10,500 (10,500 × 5.5%) ÷ 12 = 48.13
Mac 11,000 (11,000 × 5.5%) ÷ 12 = 50.42
… … …
Dis 15,500 (15,500 × 5.5%) ÷ 12 = 70.98

Jumlahkan semua dividen bulanan → Itulah dividen tahunan kita.

Cara Kira Secara Mudah

Jika tiada caruman tambahan:Dividen = Baki Akhir Tahun × Kadar Dividen

Contoh:Jika baki akhir tahun RM50,000 dan kadar dividen 5.5%:
50,000×5.5%=𝑅𝑀2,750

Untuk buat anggaran atau kira berapa jumlah dividen KWSP anda, anda boleh menggunakan portal Dividen.my

Berapa dividen KWSP tahun 2025?

KWSP mengumumkan kadar dividen masing-masing 6.15 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah 2025.

Dividen KWSP masuk akaun berapa?

Dividen KWSP diagihkan mengikut kadar berikut: 75% Akaun 1, 15% Akaun 2, 10% Akaun 3.
dividen kwsp akaun berapa


Maklumat Lanjut

Ibu Pejabat (HQ)

Menara KWSP,
No. 1, Persiaran Kwasa Utama,
Kwasa Damansara, Seksyen U4,
40150 Shah Alam, Selangor.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh kemukakan pertanyaan dan semak status pertanyaan di sini: https://www.kwsp.gov.my/en/corporate/connect-with-us/enquiry

Follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di :-

 

sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content