$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Drama Bapa Mentuaku Mafia (Astro Ria)

SHARE:

Saksikan drama siri terbaru Dramavaganza berjudul 'Bapa Mentuaku Mafia' mula ditayangkan pada 13 Mei 2026, setiap Rabu dan Khamis, p...

Saksikan drama siri terbaru Dramavaganza berjudul 'Bapa Mentuaku Mafia' mula ditayangkan pada 13 Mei 2026, setiap Rabu dan Khamis, pada 10 malam di Astro Ria. Juga boleh strim di Astro GO dan sooka. Drama arahan Afiza Asram ini dibintangi oleh Siti Hariesa, Zahiril Adzim, Dato Razak Ahmad dan ramai lagi.

Bapa Mentuaku Mafia
Episod: 12
Tarikh Tayangan: 13 Mei 2026
Waktu Siaran: Rabu & Khamis, 9:00 malam
Saluran: Astro Ria
Platform Penstriman: Astro GO, sooka
Penulis Skrip: Norsyiella Annuar
Pengarah: Afiza Asram
Produksi: Red Bean Production

Watak Pelakon
Zahiril Adzim sebagai Ustaz Takdir
Siti Hariesa sebagai Melissa
Dato Razak Ahmad sebagai Chief Zack
Shweta Sekhon sebagai Khaty
Nafiez Zaidi sebagai Ajak
Auni Yusri sebagai Murni
Iskandar Norzaman sebagai Budi
Haeriyanto Hassan
Aishah Atan

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Joget Mantul
Penyanyi: Faizal Tahir
Komposer & Lirik: Faizal Tahir, Glowrush, Ja'a

Sinopsis Bapa Mentuaku Mafia
Mengisahkan Takdir (Zahiril Adzim), seorang ustaz muda yang disegani, mengemudi hidup berteraskan iman dan prinsip. Namun ketenangannya tergugat apabila ketua mafia, Zack (Dato’ Razak Ahmad), memaksanya mengikat janji perkahwinan dengan puterinya, Melissa (Siti Hariesa). Terhumban ke dalam dunia berbahaya yang sarat dengan kuasa, rahsia dan kesetiaan, Takdir berdepan ujian paling besar dalam hidupnya.

Di persimpangan cinta, konflik dan kehadiran Murni (Auni Yusri), serta misinya untuk mengubah takdir dan membuka lembaran baharu buat Dato’ Zack, perjalanan ini disulami humor dan kisah ringan yang menghiburkan, penuh makna dan keinsafan.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content