Panduan lengkap Semakan SPR 2026. Ketahui cara daftar pemilih online & manual, tukar alamat mengundi, semakan Undi 18 automatik, serta syarat kelayaka
Semakan SPR : Pengundi & Daftar Pemilih (2026)

Semakan SPR penting untuk memastikan nama anda tersenarai sebagai pengundi yang layak bagi PRU atau PRK. Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, SPR bertanggungjawab mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat memilih wakil rakyat di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Semakan SPR boleh dibuat melalui pautan ini: https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih
Pendaftaran pemilih kini dibuka sepanjang tahun bagi memudahkan rakyat membuat semakan dan pendaftaran. Tanpa nama dalam daftar pemilih, anda tidak dibenarkan mengundi dalam pilihan raya.
Apa itu Semakan SPR?
Semakan SPR ialah proses menyemak maklumat pengundi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Melalui semakan ini, anda boleh mengetahui status pendaftaran pemilih, lokasi tempat mengundi, kawasan pilihan raya serta memastikan nama anda tersenarai dalam daftar pemilih yang sah untuk Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Kecil (PRK).
2 Jenis Pendaftaran Pemilih
SPR menjalankan dua (2) jenis daftar pemilih iaitu:
- Pengundi biasa; dan
- Pengundi tidak hadir (PTH)
Pengundi tidak hadir (PTH) terdiri daripada:
- Anggota tentera yang berkhidmat secara tetap;
- Pasangan kepada anggota tentera yang berkhidmat secara tetap;
- Anggota polis yang berkhidmat secara tetap selain anggota Pasukan Polis Sukarelawan Simpanan; dan
- Pasangan kepada polis Pasukan Gerakan Am (PGA).
Syarat-syarat
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK DAFTAR SPR SEBAGAI PEMILIH ADALAH SEPERTI BERIKUT:
- Seorang warganegara Malaysia;
- Telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas;
- Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
- Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa;
MAKLUMAT TAMBAHAN SEMASA PENDAFTARAN SPR (MySPR DAFTAR)
- No. Perkhidmatan Polis / Tentera (Jika Berkenaan);
- Nombor Telefon Bimbit yang sah;
- E-mel yang sah;
- Alamat Seperti Dalam Kad Pengenalan / Tempat Bertugas
- Gambar depan Kad Pengenalan* (MyKad / MyTentera / Kad Kuasa Polis)
- Gambar swafoto (selfie) bersama MyKad / MyTentera / Kad Kuasa Polis;
NOTA: (Format dibenarkan – JPG, JFIF, PNG)

Cara Daftar SPR Online
Untuk daftar SPR online bagi permohonan akaun baharu, sila ikuti langkah berikut:

PERMOHONAN AKAUN BAHARU
- Layari portal rasmi SPR di pautan berikut: https://myspr.spr.gov.my.
- Skrin Log Masuk Akaun MySPR Daftar akan dipaparkan.
- Klik pada butang [PERMOHONAN AKAUN BAHARU].
- Skrin Permohonan Akaun Pengguna akan dipaparkan.
- Masukkan Nama seperti dalam kad pengenalan.
- Masukkan No. Kad Pengenalan 12 digit.
- Bagi pemohon berstatus Polis atau Tentera, masukkan No. Perkhidmatan pada medan yang disediakan.
- Masukkan No. Telefon Bimbit.
- Masukkan E-mel.
- Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
- Masukkan Soalan Keselamatan dan Jawapan Keselamatan.
- Masukkan alamat lengkap seperti dalam kad pengenalan.
- Sila muat naik [GAMBAR DEPAN MYKAD / KAD KUASA POLIS / MyTENTERA] dan [GAMBAR SWAFOTO (SELFIE) BERSAMA MYKAD / KAD KUASA POLIS / MyTENTERA]
- Masukkan CAPTCHA.
- Tandakan di bahagian deklarasi ‘Saya telah membaca syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih.’ sebagai tanda persetujuan dengan syarat-syarat kelayakan pendaftaran sebagai pemilih.
- Klik pada butang [DAFTAR] untuk menghantar borang pemohonan akaun pengguna.
- Sistem akan membuat verifikasi dan memaparkan mesej permohonan diterima.
- Klik pada butang [KEMBALI] dan skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan semula.
- Satu notifikasi e-mel Permohonan Akaun Pengguna akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam.
- Pegawai SPR akan membuat pengesahan dan satu e-mel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan mengikut waktu yang telah ditetapkan.
- Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama sebelum jam 5.30 petang.
- Permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengah hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 petang.
- Permohonan yang dihantar pada Sabtu, Ahad atau Hari Kelepasan Am, permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 petang.
PENGAKTIFAN AKAUN PENGGUNA MySPR
- Pegawai SPR akan membuat pengesahan sekiranya maklumat yang telah dihantar tiada masalah.
- Setelah Pegawai SPR membuat pengesahan, pemohon akan menerima e-mel pengaktifan ATAU pemohon menerima e-mel peringatan pengaktifan.
- Klik pada pautan pengaktifan berwarna biru di dalam e-mel pengaktifan akaun pengguna. Skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan.
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.
- Klik pada butang [MOHON NO. TAC]. Sekiranya No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang dimasukkan betul, sistem akan menghantar No. TAC melalui SMS ke telefon bimbit dan e-mel pengguna.
- Pemohon akan menerima satu notifikasi e-mel dan SMS peringatan Permohonan No. TAC yang telah didaftarkan. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam.
- Ruangan input No. TAC akan dipaparkan. Masukkan No. TAC dan klik pada butang [HANTAR]
- Sistem akan membuat verifikasi dan skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan.
LOG MASUK & KEMASKINI PROFIL
- Masukkan No. Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA untuk log masuk akaun pengguna dan klik pada butang [LOG MASUK].
- Sistem akan membuat verifikasi dan Skrin Dashboard Pengguna akan dipaparkan.
- Pilih menu PROFIL SAYA dan klik pada menu Kemas Kini Profil.
- Pilih menu PROFIL SAYA dan klik pada menu Tukar Kata Laluan.
PERMOHONAN PENDAFTARAN
- Pilih menu PENDAFTARAN dan klik pada menu Status Saya.
- Sistem akan memaparkan skrin Dashboard – Halaman Utama dan klik pada butang [BORANG A] untuk membuat PENDAFTARAN BAHARU.
- Skrin Borang A (Pendaftaran Baharu) akan dipaparkan.
- Pilih kategori pemilih.
- Lengkapkan alamat seperti dalam kad pengenalan.
- Pilih Jantina.
- Pilih Bangsa
- Pilih Agama.
- Tandakan (/) di bahagian deklarasi ‘Saya sedar bahawa penalti kerana membuat pernyataan palsu ialah pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi ……’ sebagai tanda persetujuan.
- Klik pada butang [HANTAR] untuk menghantar borang A.
- Ruangan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan akan dipaparkan. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan pemohon yang telah didaftarkan dan klik pada butang [MOHON NO. TAC].
- Satu notifikasi SMS dan e-mel Permohonan No. TAC akan dihantar ke no. telefon bimbit dan e-mel yang telah didaftarkan. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam.
- Ruangan input No. TAC akan dipaparkan. Masukkan No. TAC dan klik pada butang [HANTAR].
- Sistem akan membuat verifikasi dan satu notifikasi flash menyatakan ‘Permohonan Pendaftaran Pemilih telah diterima dan sedang diproses. Sila cetak borang A untuk simpanan tuan/puan. Satu notifikasi telah dihantar …….’ akan dipaparkan.
- Pendaftaran Borang A yang telah berjaya dihantar akan menerima satu notifikasi e-mel Pendaftaran Borang A. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam.
Sila rujuk manual lengkap melalui pautan di bawah:
Cara Daftar SPR Secara Manual
UNTUK PEMILIH BIASA
Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
- Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
- Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
- Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
- Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
- Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.
UNTUK PENGUNDI TIDAK HADIR
Anggota Tentera
Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:
- Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
- Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKad (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
- Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
- Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
- Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.
Nota:
- Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
- Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).
WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA
Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:
- Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara;
- Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
- Nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.
- Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
- Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan
- Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.
Nota:
- Hanya penjawat awam dan pasangannya dan pelajar dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH (Luar Negara). Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pengundi biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon di Malaysia (sebagaimana dalam kad pengenalan).
- Warganegara Malaysia yang menetap/bekerja di luar negara (bukan penjawat awam/pelajar/pasangan penjawat awam/pasangan pelajar) boleh memohon untuk berdaftar sebagai pengundi biasa di mana-mana pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.
- Status sebagai PTH (Luar Negara) adalah kekal sehingga pemilih memohon pendaftaran semula sebagai pengundi biasa setelah pulang ke Malaysia.
Cara Tukar Alamat Mengundi
Berikut cara tukar alamat SPR tempat mengundi (pertukaran bahagian pilihan raya)
- Layari portal rasmi MySPR melalui: https://myspr.spr.gov.my/
- Log masuk ke dalam portal dengan isikan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Jika anda belum mempunyai akaun, boleh klik “Permohonan Akaun Baharu”.
- Aktifkan akaun pengguna melalui emel atau nombor telefon yang didaftarkan.
- Selepas akaun aktif dan anda telah berjaya log masuk ke dalam portal, klik pada menu (☰).
- Di bahagian pendaftaran, klik Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya) untuk memohon pertukaran alamat tempat mengundi.
- Isi dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan.
- Pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti capaian internet, komputer atau telefon pintar, nombor telefon bimbit, alamat emel, gambar depan kad pengenalan, dan gambar swafoto bersama kad pengenalan.
- Hantar permohonan anda melalui portal MySPR dan tunggu pengesahan daripada pihak SPR.
Tempoh Tukar Alamat Mengundi
Ramai tertanya-tanya berapa lama proses tukar alamat mengundi. Secara umumnya, proses ini mengambil masa sekitar 1 hingga 2 bulan bergantung pada tarikh permohonan dibuat.
Contohnya, jika permohonan dibuat pada 1 Mac, pemohon mungkin akan rasa tempohnya lebih lama berbanding individu yang memohon pada 31 Mac. Ini kerana SPR akan mengumpulkan semua permohonan dari 1 hingga 31 Mac terlebih dahulu sebelum proses perwartaan dibuat.
Selepas diwartakan, SPR akan membuka tempoh semakan selama satu bulan lagi bagi membolehkan orang ramai menyemak sama ada nama telah dikemaskini atau membuat bantahan jika perlu. Sebagai contoh, permohonan yang dibuat sepanjang bulan Mac akan dibuka untuk semakan bermula 20 April hingga 19 Mei.
Jadi, kalau mohon pada 1 Mac, semakan hanya boleh dibuat sekitar 20 April, sebab itu tempohnya nampak lebih lama. Tetapi jika mohon pada 31 Mac, mungkin terasa lebih cepat kerana jarak masa untuk semakan lebih singkat.
Semakan Pendaftaran Undi 18 SPR Secara Automatik

Tahukah anda?
Malaysia telah melakar sejarah apabila RUU Undi 18 telah diluluskan.
Pada tahun 2019, Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan pindaan Perkara 47 perenggan (b), penurunan umur ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negeri daripada 21 tahun kepada 18 tahun serta Perkara 119 perenggan (a) fasal 1 Perlembagaan Persekutuan iaitu penurunan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun dengan pendaftaran pemilih adalah secara automatik.
Rang Undang-Undang Perlembagaan ini telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022.
Dengan pelaksanaan ini, golongan belia diharap lebih celik dan cakna mengenai sistem demokrasi berparlimen serta peranan sebagai pengundi muda dengan pelaksanaan Undi 18.
Pemilih Malaysia yang baharu, sila buat semakan butir peribadi melalui 4 kaedah berikut:
- Web SPR: https://mysprsemak.spr.gov.my atau https://www.spr.gov.my
- Aplikasi:MySPR Semak
- Web Pejabat Pilihan Raya Negeri: http://ppn.spr.gov.my
- Hotline SPR: 03 8892 7200
Kaedah Semakan SPR
Semakan daftar pemilih tambahan SPR boleh dilakukan melalui 4 laman web berikut:
Selain itu, semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi MySPR Semak atau talian hotline 603 8892 7200
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Hotline SPR di 03-8892 7218 atau layari https://www.spr.gov.my/aduan-pertanyaan/
Anda juga boleh rujuk di sini senarai Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN): https://spr.gov.my/cawangan/
Soalan Lazim Semakan SPR
Bagaimana menukar alamat di dalam daftar pemilih SPR daripada alamat asal kepada alamat baru?
Proses tukar alamat mengundi boleh dilakukan secara online, dengan cara berikut:
1. Layari portal rasmi MySPR melalui: https://myspr.spr.gov.my/
2. Log masuk ke dalam portal dengan isikan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Jika anda belum mempunyai akaun, boleh klik “Permohonan Akaun Baharu”.
3. Aktifkan akaun pengguna melalui emel atau nombor telefon yang didaftarkan.
4. Selepas akaun aktif dan anda telah berjaya log masuk ke dalam portal, klik pada menu (☰).
5. Di bahagian pendaftaran, klik Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya) untuk memohon pertukaran alamat tempat mengundi.
6. Isi dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan.
7. Pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti capaian internet, komputer atau telefon pintar, nombor telefon bimbit, alamat emel, gambar depan kad pengenalan, dan gambar swafoto bersama kad pengenalan.
8. Hantar permohonan anda melalui portal MySPR dan tunggu pengesahan daripada pihak SPR.
Di manakah saya boleh membuat semakan status pendaftran?
1. Di Ibu Pejabat Pilihan Raya SPR, Malaysia
2. Di Pejabat Pilihan Raya Negeri
3. Sistem Semakan Daftar Pemilih
4. Aplikasi Mudah Alih MySPR Semak
5. Unit Outreach SPR
Apakah prosedur yang harus diikuti sekiranya pemilih ingin membuat pindaan maklumat seperti agama dan bangsa?
Pindaan butiran maklumat seperti agama dan bangsa boleh dibuat di Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara dengan mengemukakan Kad Pengenalan dan bukti-bukti dokumen lain yang berkaitan.
Berapa lamakah tempoh yang diperlukan oleh SPR untuk membuat pembetulan maklumat seperti agama, bangsa, dan Kad Pengenalan?
1. Pembetulan apa-apa butiran maklumat yang kecil seperti agama dan bangsa diambil tindakan sebaik sahaja permohonan dibuat di Pejabat Pilihan Raya Negeri yang seterusnya akan dihantar ke Ibu Pejabat SPR untuk kelulusan.
2. Pembetulan nama dan maklumat lain mengikut yang tertera di dalam Kad Pengenalan dibuat oleh Ketua Pendaftar dalam tempoh dua (2) minggu.
3. Untuk mempastikan butiran maklumat pemilih tepat dan terkini, dinasihatkan supaya pemilih menyemak nama mereka dan jika ada keperluan, pemilih boleh membuat permohonan untuk pembetulan mengikut maklumat di dalam Kad Pengenalan.
Terdapat pasangan suami/isteri yang mengundi di tempat yang berlainan, mengapa hal ini berlaku?
Terdapat suami/isteri yang mendaftar menggunakan alamat yang berbeza. Selain itu, jika mereka mendaftar di alamat yang sama kemugkinan ini berpunca dari kesilapan semasa urusan kemasukan data oleh kakitangan SPR disebabkan kerana terdapat tempat-tempat yang mempunyai/menggunakan nama-nama yang serupa di negara ini.
Mengapa wujudnya nombor kad pengenalan yang sepatunya lelaki tetapi digunakan oleh perempuan?
Ini berlaku mungkin berpunca dari kesilapan semasa urusan pendataan di peringkat JPN atau mungkin sewaktu kemasukan data semasa urusan pendaftaran pemilih oleh kakitangan SPR.
Kenapa wujud perbezaan nombor Kad Pengenalan dalam daftar pemilih dengan Kad Pengenalan asal?
Perbezaan butiran nombor Kad Pengenalan kemungkinan wujud berpunca kesilapan pendataan mengikut sistem pendaftaran lama. Di bawah sistem pendaftaran semasa yang diamalkan sekarang, tidak wujud kesilapan tersebut kerana SPR menghubungi secara on-line dengan Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) semasa urusan pendataan.
Adakah boleh kita menukar nama seseorang yang memeluk agama Islam keapda nama Islamnya sedangkan dalam pangkalan data masih nama asal?
Tidak Boleh. Seseorang yang memeluk agama Islam perlu menukar nama di dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum nama Islam boleh dimasukkan dalam Daftar Pemilih.
Mengapa nama pemilih masih kekal di tempat mengundi asal walaupun beliau tidak membuat permohonan untuk pertukaran di alamat yang baru?
Alamat permohonan untuk pertukaran alamat itu tidak sama dengan alamatnya seperti yang tertera dalam Kad Pengenalan. Perkara ini boleh berlaku bagi permohonan yang dibuat sebelum 16 Julai 2002. Sebarang permohonan untuk pertukaran alamat dalam daftar pemilih hendaklah mengikut alamat dalam Kad Pengenalan. Sekiranya pemilih bercadang untuk berpindah tempat mengundi dia hendaklah terlebih dahulu memohon untuk pertukaran alamat di dalam Kad Pengenalan di JPN. Selepas itu dia bolehlah memohon untuk pertukaran alamat tempat mengundi dalam daftar pemilih di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya atau di Pejabat Pos berkomputer di seluruh negara.
Kenapakah SPR tidak boleh menukarkan alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar secara automatik apabila seseorang itu telah menukar alamat bermastautin dalam Kad Pengenalan?
Mengikut Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan jika seseorang pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk bertukar pusat mengundi, namanya tetap kekal disenaraikan di alamat asal tempat dia mendaftar sebagai pemilih walaupun pada hakikatnya dia telah pun menukar alamatnya dalam Kad Pengenalan di tempat baru. Peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 pula menetapkan bahawa SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar jika pemilih berkenaan memohon pertukaran dan telah mengisi Borang A yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
sumber : ecentral.my
COMMENTS