$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Apa Itu Keldai Akaun?

SHARE:

APA ITU KELDAI AKAUN? ATAU DIKENALI SEBAGAI MULE ACCOUNT Akaun bank yang digunakan oleh orang lain tanpa disedari ataupun secara sukarela ol...

APA ITU KELDAI AKAUN? ATAU DIKENALI SEBAGAI MULE ACCOUNT

Akaun bank yang digunakan oleh orang lain tanpa disedari ataupun secara sukarela oleh pemilik akaun tersebut bagi mendapatkan habuan mahupun dengan cara penipuan untuk transaksi kewangan yang tidak sah atau menyalahi undang-undang.

Kumpulan sasaran Sindiket biasanya mendapatkan akaun keldai (juga dikenali sebagai akaun tumpang) ini dengan memperdaya golongan yang memerlukan pendapatan lebihan serta mempunyai tahap celik kewangan yang rendah.

Antara golongan yang sering menjadi mangsa termasuklah :

  1. Suri rumah
  2. Penganggur
  3. Pelajar
  4. Warga emas

Bagaimanakah orang terpedaya?

  • Tawaran upah lumayan mencecah ribuan ringgit untuk membuka atau menyerahkan akaun bank bagi kegunaan pihak ketiga.
  • Modus operandi yang menggunakan tawaran peluang pekerjaan sebagai cara bagi mendapatkan akses kepada akaun bank mangsa. Mangsa dikehendaki menyerahkan butiran akaun bank termasuklah nombor PIN kad ATM sebagai syarat diterima bekerja dengan pihak sindiket akaun keldai.
  • Terdapat juga syarikat peminjam wang tidak berlesen yang memperdaya peminjam untuk menyerahkan akaun bank mereka sebagai cagaran pinjaman tersebut. Namun pada hakikatnya, pihak sindiket menggunakan akaun bank sebagai akaun keldai.

Tanggungjawab sebagai pemegang akaun bank.

  • Setiap pemegang akaun bank bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa jua transaksi dan maklumat perbankan peribadi mereka.
  • Pemegang akaun tidak sepatutnya mendedahkan atau berkongsi apa jua maklumat perbankan peribadi dengan orang lain. 
  • Juga, pemegang akaun tidak seharusnya memberi maklumat perbankan peribadi mereka sewenang-wenangnya untuk apa-apa tujuan sekalipun, walaupun untuk tujuan permohonan pekerjaan mahupun pinjaman dengan mana-mana pihak. Selidik terlebih dahulu latar belakang dengan siapa kita berinteraksi.
Jadi sila berhati-hati apabila berada di dalam dunia alam maya dan online ini kerana pelbagai risiko kita ada dan terdedah kepada sesiapa sahaja.

Yang pastikan tingkatkan ilmu tentang teknologi dan jangan percaya kepada sesiapa sahaja yang anda belum berjumpa atau melalui media social atau chat sahaja.

Sedangkan jumpa depan-depan boleh tertipu, apatalah lagi tidak pernah bersua muka dan tidak begitu kenal.

Mereka juga akan merabuni mata anda dan meracuni fikiran anda dengan tawaran bagi upah serta duit sebagai pinjaman, tolong, bagi akaun dan lain-lain lagi kerana itu semua tipu helah sahaja untuk gunakan akaun bank anda kepada penipuan besar-besaran.

Ingat pesanan saya, tingkatkan ilmu tentang scammer ini, banyakkan membaca. Insyallah terhindar daripada segala perkara buruk di atas.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content