$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Dana 1MDB akan terus diburu! Azam Baki komited walau tinggal 2 minggu di SPRM

SHARE:

Dana 1MDB akan terus diburu! Azam Baki komited walau tinggal 2 minggu di SPRM Berbaki kira-kira dua minggu sebelum menamatkan perkhidmatan d...


Dana 1MDB akan terus diburu! Azam Baki komited walau tinggal 2 minggu di SPRM


Berbaki kira-kira dua minggu sebelum menamatkan perkhidmatan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan komitmen beliau untuk terus memastikan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diseleweng dapat dikembalikan kepada rakyat.

Pastikan dana 1MDB dikembalikan kepada rakyat

Memetik laporan daripada Berita Harian, keyakinan itu turut disokong dengan kejayaan terkini SPRM memperoleh perintah larangan transaksi membabitkan kira-kira AS$1.7 juta di Barbados yang dikaitkan dengan dana berkenaan.

Sifatkan satu tanggungjawab besar

Azam berkata usaha pemulihan aset bukan sekadar tindakan penguatkuasaan, sebaliknya satu tanggungjawab besar untuk melindungi kepentingan kewangan negara dalam keadaan ekonomi global yang mencabar.


“Tindakan ini (perintah mahkamah) mencerminkan komitmen berterusan SPRM dalam memastikan setiap dana yang diseleweng dapat dijejaki dan dikembalikan kepada negara.
“Dalam keadaan ekonomi global yang mencabar ketika ini, termasuk ketidaktentuan akibat konflik di Asia Barat, usaha pemulihan aset bukan sekadar tindakan penguatkuasaan, tetapi satu tanggungjawab untuk melindungi kepentingan kewangan negara.
“Setiap ringgit yang berjaya dipulihkan adalah hak rakyat Malaysia dan akan terus diperjuangkan,” katanya.


SPRM akan perkukuh kerjasama antarabangsa

Beliau turut menegaskan SPRM akan terus memperkukuh kerjasama antarabangsa serta menggunakan saluran perundangan sedia ada bagi mengesan, membekukan dan melucutkan aset yang disembunyikan di luar negara.

Semalam, SPRM memaklumkan pihaknya memperoleh perintah larangan transaksi membabitkan wang kira-kira AS$1.7 juta yang disimpan dalam dua akaun di Barbados selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berpuas hati ia berkait aktiviti pengubahan wang haram di bawah AMLATFPUAA 2001.

Azam dijadual menamatkan perkhidmatan pada 12 Mei ini selepas tiga dekad berkhidmat, dengan rekod pemulihan aset termasuk RM2.3 bilion dana 1MDB, sebelum digantikan oleh Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

Sumber: Berita Harian (Ilah Hafiz Aziz)


PERHATIAN: Pihak Oh My Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


sumber : ohmymedia.cc

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content