Bawa Anak Ke Vision Park Bertam

SHARE:

Hari ini perancangan minit terakhir (last minutes) untuk bawa anak ke Vision Park Bertam di Kepala Batas, Pulau Pinang untuk main di taman p...

Hari ini perancangan minit terakhir (last minutes) untuk bawa anak ke Vision Park Bertam di Kepala Batas, Pulau Pinang untuk main di taman permainan.

Tempat ini ialah tempat rekreasi bersama keluarga di Bertam. Anda boleh buat mini sukan, main bola padang kecil, main taman permainan kanak-kanak dan juga riadah cara tersendiri.


Taman permainan dia tidaklah sebesar mana di tempat lain tapi boleh buat anak-anak suka dan gembira apabila ada disana.

Kalau ibu ayah nak main sekali pun boleh, tapi kalau patah sila tanggung sendiri. HUHU!


Ada orang juga buat bisnes jual sabun untuk budak-budak main sabun buat belon untuk memeriahkan susasana disitu. Kalau tak sunyi kan?

Biasalah tu aktviti kanak-kanak, kita pun semestinya nak anak kita gembira kan?


Suasana di kawasan Vision Park Bertam Kepala Batas ini sungguh menenangkan dan sangat sesuai untuk pergi di waktu awal pagi dan juga waktu lewat petang.

Kalau panas itu, mungkin kena berkelah dibawah pokok sebab boleh tahan juga kepanasan dia disana sebab kawasan terbuka.


Kolam / tasik di kawasan situ penuh dengan teratai kot, rasanya sebelum ini pergi nampak air, tapi sekarang nampak pokok, daun penuh di dasar air. Saya pun tidak tahu pokok apa itu dan malas nak pergi dekat lihat.

Kalau benda itu tidak ada, anda boleh nampak kawasan air yang luas seperti tasik buatan dan kemungkinan tiada flow air. Itu saya tidak berapa pasti sebab tak siasat pun.


Jadi untuk pergi disitu anda boleh cari landmark Masjid Abdullah Fahim yang begitu besar sekali dan menarik kerana betul-betul berada di sebelah Vision Park Bertam Kepala Batas ini.

Kalau ikut padangangan google maps, anda boleh lihat sendiri ada kolam / tasik permukaan air, tapi apabila pergi tadi, ibarat hutan belantara di kawasan permukaan air sahaja. HAHA!

Tapi keseluruhan kawasan tersebut bersih dan kemas dan kadang-kadang juga terdapat event yang dibuat di kawasan parking tersebut untuk tarik lagi ramai orang kerana disitu kawasan lapang.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content