$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Beli Games Wobbly Life Steam Harga RM31

SHARE:

Anda semua pernah main games tak? Games apa yang anda selalu main? Pernah main games di dalam steam tak? Mesti kena bayar dahulu, ada games ...

Anda semua pernah main games tak? Games apa yang anda selalu main? Pernah main games di dalam steam tak? Mesti kena bayar dahulu, ada games murah dan mahal di dalam itu. Ikut jenis games yang anda nak main.


Hari ini saya terpaksa beli games Wobbly Life dekat Steam kerana anak selalu lihat Youtube channel orang yang selalu main games tu. Nak bagi anak seronok, bukan selalu.


Nak dijadikan cerita selepas pulang daripada kampung, dua anak saya memang suka lihat games Wobbly Life di Youtube dan apabila melihat komputer ayahnya yang besar besar dan berskrin dua, mulalah episod suruh download games tersebut.

Apabila cari di merata tempat dalam google, terjumpa games tersebut di dapati di Steam iaitu pelayar untuk kaki gaming. Selepas itu ingat nak download terus, rupanya dikenakan caj RM31 untuk download games tersebut. HAMEK KAU!


Saya hanya bayar mengguna TNG EWALLET sahaja sebab selalu menggunakan transaksi ini apabila hendak bayar online, transfer duit, bayar di kedai fizikal dan lain-lain lagi.


Anak punya pasal saya pun beli games tersebut dan ingatkan dia nak main games Wobbly Life selepas download, last sekali ayah dia yang main games tersebut depan anak. Penyudahnya siapa yang main games sekarang ini?

Tapi selepas main games tersebut macam best juga disebabkan ada satu content youtuber tersebut dia main games bersama anaknya dan buat content dan subcribernya pun hampir 1 juta sebab main Wobbly Life sahaja. WOW!

Games ini tak berapa nak berat sangat sebab files saiznya tak sampai 1GB iaitu dalam 800MB sahaja. Jadi untuk main guna laptop dan komputer yang perlahan itu, rasanya support. Boleh anda juga main sendiri dan depan anak-anak anda untuk bagi dia seronok.

Jom kita lihat video Wobbly Life Trailer 2022 - PC serba sedikit perjalanan games ini. Seronok atau tidak itu di atas anda.


Lupa nak beritahu bahawa, Steam ini selalunya dimainkan menggunakan laptop ataupun komputer sahaja, jikalau nak main guna handphone / telefon rasanya tidak boleh sebab tak semua support games Wobbly Life di Steam harga RM31 ini.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content