$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Review Mercury Botique Hotel Melaka

SHARE:

Hari ini saya nak buat Review atau Reviu sedikit berkenaan Mercury Botique Hotel di Melaka yang saya pernah tinggal bersama dengan keluarga ...

Hari ini saya nak buat Review atau Reviu sedikit berkenaan Mercury Botique Hotel di Melaka yang saya pernah tinggal bersama dengan keluarga sewaktu percutian pada tarikh 4 Disember 2022 sehingga 7 Disember 2022.

Saya telah booking atau tempah melalu Agoda pada 30 November 2022 dan ketika itu berstatus VIP Gold dan kemungkinan saya dapat harga murah daripada harga sebenar. Selalunya kalau booking awal memang akan dapat harga murah dan berpatutan mengikut bajet yang kita ada. MEMANG BESTLAH!


Keluarga saya telah mendapat harga diskaun dengan status VIP Gold di Agoda dan menggunakan Card Credit Master Card dan kebetulan ada diskaun lagi sehingga 20% banyaknya. 20% itu ikut harga total nilai yang hendak dibayar kepada Agoda untuk booking sesebuah hotel.

Harga total untuk 3 malam saya dapat dalam RM420 tetapi saya hanya perlu bayar RM350 sahaja. Dapat diskaun sehingga RM70 itu, kalau tidak guna apa-apa dan terus check in rasanya harga RM420 dan silap haribulan kemungkinan akan lebih lagi.

Paling best sekali, tempat parkingnya tersedia untuk orang yang tidur di hotel tersebut secara percuma sahaja tanpa ada sebarang bayaran dibawah flyover.


Saya menempah katil yang ada 2 queens supaya dapat tidur 4 beranak keluarga saya dengan selesa walaupun anak masih kecil lagi. Dibawah ini contoh bilik yang saya tempah, sangat selesa dan memuaskan.


Jadi kepada yang nak pergi ke Melaka untuk bercuti, saya sangat syor dan rekeman untuk tidur di hotel ini kerana semua kemudahan juga dekat di sekeliling hotel dan paling penting A Famosa dan Menara Taming Sari paling dekat sekali.

Tempat shopping mall juga dekat iaitu Makhota Prade, Dataran Pahlawan dan bermacam-macam lagi. Senang cerita tempatnya berada di tempat strategik untuk pusat pelancongan walaupun hotelnya hanya bertaraf 3 bintang dan duduk di lot kedai.

Detail Mercury Botique Hotel Melaka
Alamat : No 32, Jalan PM 6, Plaza Mahkota, 75000 Melaka.
Email : reservations@mercuryhotel.com.my
Nombor Telefon : 0167107106

Saya sudah bercuti di melaka dan pengalaman sangat menyeronokkan, anda bila lagi nak rasa bercuti di Melaka? Atau memang kampung anda di Melaka. HUHU!

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content