$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Kenapa Kita Perlu Bersenam?

SHARE:

Kenapa kita digalakkan bersenam? Mesti anda pernah terfikir nak buatkan. Soalan mudah, tapi nak buat kadang rasa berat atau malas, betul tak...

Kenapa kita digalakkan bersenam? Mesti anda pernah terfikir nak buatkan.

Soalan mudah, tapi nak buat kadang rasa berat atau malas, betul tak?

Seperti yang kita sedia maklum, bersenam sangat baik untuk kesihatan tubuh kita. Samada kita lakukan senaman ringkas di rumah, sekitar taman, gym atau dimana-mana sahaja mengikut keadaan dan keselesaan masing-masing.

Apa kebaikan bersenam?

Banyak kebaikan yang kita peroleh dengan melakukan aktiviti bersenam. Jom kita baca kebaikan bersenam di bawah ni.

Kesihatan tulang

Peningkatan usia akan menyebabkan berlakunya pengurangan mineral tulang. Senaman adalah salah satu cara untuk menguatkan tulang dan mencegah daripada kerapuhan tulang.


Kesihatan jantung

Bersenam bantu tingkatkan kesihatan jantung. Tindakbalas jantung menjadi lebih cekap dan efisien. Otot jantung juga semakin kuat. Dengan itu, risiko untuk mendapat penyakit jantung juga akan berkurang.


Mengekalkan stamina dan lebih bertenaga

Apabila anda menjadikan senaman sebagai rutin, tahap stamina akan menjadi semakin baik dan tubuh juga lebih bertenaga. Ini kerana, tubuh anda berfungsi dengan lebih cekap, sel-sel yang terdapat didalam tubuh menerima banyak oksigen.


Kesihatan dan kecantikan kulit

Senaman secara konsisten dan sederhana boleh memberikan perlindungan antioksidan dan menggalakkan peredaran darah yang sihat, yang boleh melindungi kulit anda dan melambatkan tanda-tanda penuaan.


Kesihatan otak dan memori

Senaman yang kerap bantu meningkatkan peredaran darah ke otak dan membantu kesihatan otak dan ingatan. Bagi golongan yang berusia, ianya dapat membantu melindungi fungsi mental.


Mood menjadi lebih baik

Aktiviti bersenam dikatakan mampu mengurangkan risiko kemurungan. Contohnya seperti senaman aerobik yang bantu meningkatkan mood, ini adalah kerana hormon 'endorphin' yang ada didalam tubuh dirembeskan keluar.


Tidur lebih lena

Bersenam menjadikan tidur anda menjadi lebih baik dan lena. Fungsi imun juga semakin meningkat dan mengurangkan risiko daripada penyakit yang berbahaya seperti penyakit jantung, kencing manis dan masalah kognitif.

Mulanya memang sukar untuk kekalkan jadual untuk bersenam, namun jika kita disiplin dan sentiasa positif, ianya akan menjadi lebih mudah.

Pengambilan makanan tambahan juga bantu anda dalam menjalani aktiviti yang sihat ini.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content