$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Makan Tengahari Di Big Tas Tea Pokok Sena

SHARE:

Selepas balik daripda kerja pada tengahari, isteri saya terus ajak makan di luar dan kami pun merancang nak makan dimana. Setelah fikir puny...

Selepas balik daripda kerja pada tengahari, isteri saya terus ajak makan di luar dan kami pun merancang nak makan dimana. Setelah fikir punya fikir nak makan dekat mana. Akhirnya terfikir untuk makan di Big Tas Tea tempat Pokok Sena. Apa lagi, ajumm!

Jadi kami pun gerak ke situ segera selepas siapkan anak untuk keluar makan diluar. LAMA OO TAK MAKAN DEKAT LUAR!


Tempat Makan : Big Tas Tea Pokok Sena
Waktu : Tengahari
Alamat : No. 32A, 1, Kampung Baru Pokok Sena, Taman Pokok Sena, 13220 Kepala Batas, Penang

Untuk melihat senarai menu yang tersedia anda boleh masuk ke dalam website rasmi https://www.bigtasteamalaysia.com/

Big Tas Tea ini sebenarnya dah banyak cawangan dan telah dibuka pada tahun 2015 lagi, saya pun baru kenal Big Tas Tea ini berapa tahun yang lepas di cawangan Perda, Pulau Pinang.

Makanan menu dalam ini sebenarnya banyak yang menarik, lebih kepada western dan nasi juga tersedia seperti nasi kukus jikalau berminat nak makan.

Nak order pun scan code sahaja dan jikalau tak tahu cara nak scan code, kemungkinan staff akan ajar atau ambil order secara manual.

Tengahari tadi saya baru lepas perkena 2 nasi kukus ayam grill dan juga season spaghetti serta aglio olio fish fillet dan keseluruhan harganya tidak sampai RM70. Memang kena dengan harga sebab sedap dan bahan pun banyak.


Contoh di atas ialah nasi kukus ayam grill yang di makan tengahari tadi. Makanan lain tidak sempat nak tangkat untuk tunjuk dalam blog sebab lepas makanan sampai terus ngap kerana begitu kelaparan. HAHA!

Lupa nak beritahu bahawa, makan tengahari ada promosi daripada jam 12 tengah sampai 3 petang dapat harga RM12 untuk nasi kukus sekali dengan air passion fruit tea. JIMAT GITU!

Tapi agak mengecewakan kerana tiada menu spicy seafood grill with steam rices kerana staff beritahu stock dah habis.

Tapi saya rasa stock tak ada hari ini sebab waktu saya pergi ke kedai, saya rasa keluarga saya saja dine in disitu. Meja banyak kosong.

Saya dah pergi dan review, anda bila lagi? Jom jalan-jalan cari makan di malaysia.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content