$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Permulaan Blog WanFar

SHARE:

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan kaki blogger yang melawat blog saya yang begitu kosong dan tiada apa-apa ini, P...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan kaki blogger yang melawat blog saya yang begitu kosong dan tiada apa-apa ini,

Perkenalkan diri saya Izwan iaitu selaku penulis dan isteri saya Farah kemungkinan bakal penulis dan daripada itu blog bernama WanFar diwujudkan untuk membuat sedikit content untuk menaip pelbagai jenis perjalanan kami di atas muka bumi ini tidak kira di Malaysia atau dimana-mana sahaja.

Saya telah memilih blog daripada Blogger oleh Google kerana tiada bayaran apa dikenakan dan Domain yang saya pilih ialah WanFar.Com dan begitu nampak comel gitu. HAHA!

Untuk logo saya tak decide lagi nak buat macam mana, jadi nanti saya akan update pula logo WanFar Media yang terbaik serta sedap mata memandang untuk tatapan anda semua.

Saya telah lama menulis blog sewaktu zaman bujang serta belajar di pengajian tinggi dan blog tersebut telah tidak ditulis kerana nickname pada masa tersebut buat yang mengarut sahaja.

Mungkin anda ingin tahu nickname apa yang saya gunakan ya? Anda boleh cari sendiri dan tahu apabila baca di content yang seterus dan seterusnya.

Oleh kerana terlampau sibuk dengan tugas kerja hakiki yang dimana saya kerja kerajaan dan membuat sedikit bisnes, jadi tidak juga tidak sempat menulis blog dan membiarkan begitu sahaja.

Jadi dengan kebangkitan ingin menjana kewangan dengan menulis blog dan ingin menambah pendapatan serta berkongsi ilmu tentang apa sahaja yang nampak di mata dan ditulis mengikut gerak hati tentang pelbagai seperti lifestyle, ilmu, tutorial, travel dan pelbagai jenis lagi content post yang agak menarik untuk dikongsi.

Semoga semuanya dipermudahkan segala urusan dan ramai membaca di dalam blog WanFar Media ini pada masa hadapan.

Doakan saya juga boleh berjaya seperti blogger malaysia top yang lain. AMIN!

Saya juga ada harapan bahawa isteri saya nanti pun akan pantai menaip dan menulis content juga, jadi ini membuat pembakar semangatnya kemudian. BOLEH SAMA-SAMA CARI DUIT DENGAN ADSENSE!

Jadi jangan lupa lepas baca share dan komen ya, semoga segala apa yang ditulis di dalam ini bermanfaat kepada semua dan akan membuat saya akan gelak ketawa pada masa saya berusia nanti.

Kita jumpa di content post yang seterusnya ya! CAIYOK!



COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content