$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

BUDI Sabah – Permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT 2026+

SHARE:

BUDI Sabah – Permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT 2026+ Kerajaan Negeri Sabah menawarkan Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian T...


BUDI Sabah – Permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT 2026+

Kerajaan Negeri Sabah menawarkan Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) untuk pelajar Sabah yang layak yang boleh dipohon menerusi https://budi.sabah.gov.my/

Insentif khas ini diberikan kepada pelajar kelahiran Sabah yang melanjutkan pelajaran ke IPT dan pelajar sekolah yang berkelayakan. Pemberian yang melibatkan bertujuan untuk meringankan beban pelajar Sabah bagi meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Pengenalan Bantuan BUDI Sabah

BUDI merupakan inisiatif kerajaan negeri yang diperkenalkan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah dan sederhana di Sabah.

Dalam erti kata lain, ia merupakan bantuan yang disalurkan untuk pelajar dalam kalangan B40 dan M40 yang kali pertama masuk ke IPT sepenuh masa di seluruh negara yang diiktiraf Kerajaan.

Bagi tahun ini, bantuan ini akan terus diberikan kepada pelajar yang layak dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

 

Jumlah Bantuan

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada pelajar IPT yang berkelayakan secara one-off pada kadar berikut :

  • Diploma/Foundation/Matrikulasi : RM1500
  • Ijazah Sarjana Muda : RM2000

 

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan tunai pendaftaran IPT secara one-off dibuka mulai 20 April 2026 (Isnin) kepada pemohon yang layak.

Seperti tahun sebelumnya, pemberian bantuan dijangka akan bermula pada penghujung tahun.

 

Syarat Kelayakan BUDI Sabah

Pelajar yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

i- Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia berasal dari Sabah, dan kategori B40/M40.
  2. Berstatus Bumiputera Sabah.
  3. Pendapatan kasar ibu bapa B40 & M40.
  4. Pelajar IPTA dan IPTS sepenuh masa.
  5. Pelajar Asasi, Matrikulasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
  6. Surat tawaran atau lapor diri pada tahun 2026 (kemasukan pertama di IPT).

ii- Syarat Kelayakan

  1. Kemasukan kali pertama sepenuh masa ke IPTA/IPTS (Malaysia atau luar negara) bagi tahun semasa iaitu 2026 permohonan.

 

Cara Memohon

Pelayar yang berminat boleh lakukan permohonan secara atas talian menerusi pautan berikut : https://budi.sabah.gov.my/.

Pastikan semua maklumat dan dokumen diisi dengan lengkap.

 

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlulah kemukakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :

  • Surat beranak.
  • Kad pengenalan/sijil berkaitan.
  • Slip gaji/pengesahan bekerja.
  • Surat tawaran dan pengesahan kemasukan IPT.

 

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan bantuan BUDI?

Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) ialah inisiatif kerajaan negeri yang diperkenalkan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah dan sederhana di Sabah.

Bilakah permohonan bantuan ini dibuka?

Permohonan dibuka mulai 20 April 2026 (Isnin).

Berapakah jumlah bantuan yang bakal diterima oleh pemohon?

– Diploma/Foundation/Matrikulasi : RM1500
– Ijazah Sarjana Muda : RM2000

 

Adakah pemohon mestilah berstatus Bumiputera Sabah?

Ya. Pemohon mestilah berstatus Bumiputera Sabah.

Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan ini?

Bantuan ini boleh dipohon menerusi pautan https://budi.sabah.gov.my/.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan ini?

– Surat beranak.
– Kad pengenalan/sijil berkaitan.
– Slip gaji/pengesahan bekerja.
– Surat tawaran dan pengesahan kemasukan IPT.


Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Tunai Pendataran IPT (BUDI), anda boleh berhubung melalui butiran seperti di bawah :

Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas),
Jabatan Ketua Menteri
Tingkat 29, Blok A, Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Telefon: 088-369872 / 088-369164 / 088-369897 / 088-369890


pasca~sumber = ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content